Dapur

Peniaga Kongsi Resepi Kuah Ikan Siakap Stim Paling ‘Terangkat’, Buat Stok & Curah Je Nanti

3.3K
SHARES
IKAN SIAKAP STIM

Kalau nak jimat masa dan tenaga, anda boleh buat kuah ikan siakap stim dalam jumlah yang banyak dan simpan untuk stok. Menerusi perkongsian Fazniza Razali di laman Facebooknya, resepi ini telah digunakan untuk berniaga.

Selain ikan siakap, boleh juga curahkan kuah ini ke atas ikan jenahak atau apa sahaja jenis pilihan ikan yang anda minati. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Sosej Cheese Ayam Homemade, Versi Sihat Lebih Sedap & Puas Makan!

RESEPI KUAH IKAN SIAKAP STIM, BOLEH BUAT STOK DEKAT RUMAH

IKAN SIAKAP STIM

Siakap stim untuk jualan, ini saya kongsikan nak buat kuahnya, bancuhannya banyak jugalah sebab tak reti nak buat sikit-sikit ni, boleh simpan untuk stok, nak makan tinggal panaskan je kuahnya.

Bahan-bahan:

  • 100gm halia
  • 100gm bawang putih
  • 80gm cili akar merah dan hijau
  • 10 tangkai akar ketumbar
  • 15 helai daun limau

Cara penyediaan:

1. Kisar bahan di atas dan tambahkan 2 liter air panas.

2. Kemudian, masukkan 15 sudu air limau dan kalau nak masam boleh tambah lagi.

3. Tambahkan 10 sudu air sotong dan 500gm gula.

4. Masukkan 3 botol sos plam dan gaul rata semua bahan di atas.

5. Boleh curahkan di atas ikan dan hias dengan daun ketumbar serta hirisan limau nipis.

Lebihan kuah boleh diletakkan di dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Bila nak guna, hanya panaskan sahaja.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Popia Sira Sambal Pedas Manis, Nak Rangup Sampai Malam Kena Buat Macam Ni

Sumber: Facebook Fazniza Razali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×