Dapur

Cara Simpan Daun Ketumbar Tanpa Bekukan, Memang Segar Berminggu-Minggu!

833
SHARES
cara simpan daun ketumbar

Terdapat beberapa cara simpan daun ketumbar yang boleh dicuba untuk kekal segar. Antaranya adalah seperti perkongsian Noorfa Eyza di laman Facebooknya.

Menariknya, petua ini tidak perlu bekukan daun ketumbar tersebut. Wah! Memang kena cuba supaya tidak berlaku pembaziran. Jom baca.

Baca juga: Ini ‘Rahsia’ Cara Simpan Susu Cair Yang Sudah Dibuka, Boleh Tahan Berbulan

CARA SIMPAN DAUN KETUMBAR TANPA BEKUKAN, TAHAN LAMA!

cara simpan daun ketumbar

Cara-caranya adalah:

1. Potong akar ketumbar letak dalam bekas asing. Pastikan bahagian akar sahaja kena air.

2. Kalau bahagian batang terkena air, akar ketumbar akan rosak. Boleh tukar air bila warna dah berubah.

3. Daun ketumbar yang dipotong tadi masuk dalam bekas apa-apa pun boleh. Air letak bahagian batang sahaja jangan terkena air pada daun, nanti rosak.

4. Pastikan masuk air dahulu sebelum masukkan daun ketumbar tadi. Ini bertujuan untuk mengelakkan daun ketumbar terkena air.

5. Pastikan daun ketumbar kering dan balut dengan plastik. Letak dalam peti ais, tukar air 2 hari sekali atau bila air dah berubah warna. Lagi kerap tukar lagi bagus.

Mudah kan? Daun ketumbar masih lagi elok untuk beberapa minggu.

Selain digunakan dalam masakan, ketumbar juga bagus untuk kesihatan kerana:

  • Boleh membantu menurunkan gula dalam darah
  • Kaya dengan antioksidan yang meningkatkan imunisasi badan
  • Boleh menjaga kesihatan jantung
  • Boleh melindungi kesihatan otak
  • Menjaga sistem pencernaan dan kesihatan usus

Selamat mencuba!

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Hilangkan Batuk Guna Air Ini, Tak Sangka Memang Berkesan Rupanya!

Sumber: Facebook Noorfa Eyza & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×