DIY & Kraf

Cara Tanam Pokok Kunyit Paling Mudah, Hasilnya Memang Puas Hati!

3K
SHARES
CARA TANAM POKOK KUNYIT

Kunyit sering digunakan dalam masakan dan menjadi penyedap rasa. Biasanya, kunyit dijual dengan harga yang mahal dan bila tiba musim perayaan pasti habis dibeli.

Untuk mengelakkan rasa kecewa mencari daun kunyit, apa kata cuba cara tanam pokok kunyit sendiri di rumah paling mudah dan cepat seperti yang dikongsikan oleh Mohd Amri di laman Facebooknya. Memang menjadi!

Baca juga: Elak Tanaman Diserang Lalat Putih, Ini Cara Buat Racun Organik Paling Mudah

CARA TANAM POKOK KUNYIT PALING MUDAH, HASIL GEMUK-GEMUK

CARA TANAM POKOK KUNYIT

Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.

Cara biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru:

Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.

CARA TANAM POKOK KUNYIT

– Daun saya potong sebab memang akan layu. Daripada dibiarkan layu macam itu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.

– Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah. Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab.

– Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru.

– Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Saya guna baja campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat rm7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.

CARA TANAM POKOK KUNYIT

– Jadi, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong sahaja. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.

Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha nanti.

Selamat mencuba!

Baca juga: Stres Rumput Asyik Tumbuh? Guna Cara DIY Racun Rumput Di Bawah, Settle!

Sumber: Facebook Mohd Amri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×