Famili

Sisa Makanan Boleh Jadi Baja Kalau Guna Teknik Bokashi Kompos Ini

10
SHARES
TEKNIK BOKASHI KOMPOS

Di Jepun, teknik bokashi kompos sudah digunakan secara meluas untuk membuang sisa makanan. Bagi yang tidak tahu, teknik ini boleh menghasilkan baja kompos menggunakan sisa makanan.

Lebih menarik lagi kerana tidak perlu risau dengan ulat sampah yang menggelikan. Bau busuk pun tak ada dan tidak perlu membuang sampah setiap hari. Jom kita tengok teknik bokashi kompas yang dikongsikan oleh pengguna media sosial ini. Boleh cuba sendiri di rumah!

Baca juga: Stres Rumput Asyik Tumbuh? Guna Cara DIY Racun Rumput Di Bawah, Settle!

TEKNIK BOKASHI KOMPOS INI BOLEH BUAT SISA MAKANAN JADI BAJA

1. Tapis sisa makanan yang berair

TEKNIK BOKASHI KOMPOS

Setiap hari pasti ada bahan makanan terbuang seperti kepala ikan, kulit ayam, kulit telur dan lain-lain. Jadi, boleh simpan dan tapis supaya tidak terlalu berair.

2. Buang sisa makanan dalam Bokashi Bin 

Taburkan sisa makanan dalam bin. Kemudian tabur serbuk bokashi di bahagian atas. Untuk bahan yang tebal macam tulang atau biji mangga, letak serbuk lebih sikit untuk bantu penguraian.

TEKNIK BOKASHI KOMPOS

Tong sampah ni kedap udara. Jadi, serangga tak boleh masuk. Dalam tong sampah ini ada lubang kecil untuk mengeringkan sisa makanan yang lembap supaya kompos yang dihasilkan nanti kering dan tak basah.

Di bahagian hadapan tong sampah ada pili kecil yang boleh dibuka untuk mengeluarkan air daripada sisa makan. Menariknya, air itu boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman atau buang dalam longkang sekiranya tidak mahu digunakan.

TEKNIK BOKASHI KOMPOS

Setiap hari ulang langkah yang sama sampailah tong sampah penuh. Bila dah penuh, kita tutup dan biarkan 2 minggu untuk proses penguraian berlaku dengan lengkap.

3. Biarkan jadi kompos

Biarkan selama dua minggu dan sisa makanan tadi akan bertukar menjadi kompos. Bau busuk? Tak ada bau sangat cuma bau masam manis sedikit sahaja.

Bila menggunakan teknik macam ini, tong sampah di rumah tidak lagi terlalu banyak. Seminggu 2 kali sahaja buang sampah. Itu pun plastik kecil.

Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri di rumah dan anda pasti dapat rasa impaknya. Selain memudahkan, ia juga mesra alam. Rasanya dah tiba masa untuk rakyat Malaysia mengikut jejak langkah negara-negara seperti Jepun yang jauh terkedepan dalam bab-bab begini.

TEKNIK BOKASHI KOMPOS

Tong sampah dan serbuk bokashi boleh didapatkan secara online. Memang berguna!

Sumber: Facebook Hanisah Azhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×