Penggunaan baja dalam membuahkan hasil tanaman yang subur amat penting. Namun, ada sesetengah tanaman yang tidak mempunyai ‘mood’ elok dan memerlukan baja penggalak sebagai alternatif. Ternyata, tidaklah sesukar mana untuk dapatkan baja penggalak atau dipanggil mol ini kerana anda boleh buat di rumah.
Paling menarik adalah, bahan-bahannya adalah dari sisa setiap kali anda selesai menyiang ikan atau apa-apa makanan laut sahaja. Malah, mol yang dihasilkan boleh digunakan bertahun lamanya kerana bebas bahan kimia!
Baca juga: Rahsia Rumah Bau Harum Semerbak Macam Hotel Guna Limau Nipis, Jiran Pun Tegur!
CARA BUAT BAJA PENGGALAK (MOL) GUNA SISA IKAN DAN KETAM
Setiap kali siang ikan ke, udang ke, ketam ke, saya tak akan buang sisa macam itu saja. Jika banyak dan ada sedikit kerajinan, saya akan proses jadikan mol. Jika sikit, saya akan tanam sisa tu di kawasan tapak tanaman.
Macam hari ini, ada banyak insang ikan dan kulit ketam. Mood rajin pun ada, jadi saya pun proses la buat mol. 2-2 sisa ni boleh diproses berasingan. Nak proses bersama pun tak ada masalah. Dalam insang ikan banyak asid amino. Asid amino ini bagus untuk membantu cekapkan lagi proses fotosintesis. Dalam kulit ketam pula, ada chitin @ kitosan. Kitosan bagus sebab boleh tingkatkan antibodi dan keupayaan pokok. Kira macam vaksin la.
Nak senang, saya proses je 2-2 sisa ni sekaligus. Kira 2 dalam 1 la. Asid amino dapat, kitosan pun dapat. Cara buatnya sangat mudah:
1.Campurkan sisa tersebut (insang ikan dan ketam) dengan gula merah ke dalam bekas yang sesuai. Kuantitinya sama banyak. Jika sisa tadi 1 kg, gula merah pun 1 kg. Nak guna molasses pun boleh.
2.Kemudian tutup permukaan bekas tadi dengan kertas tanpa karbon atau kain bersih. Ikat sikit bagi ketat.
3.Simpan bekas tadi di tempat redup selama 7-10 hari. Lepas tu, tapis ambil cecairnya sahaja dan masukkan ke dalam botol.
4.Pastikan penutup botol ditebuk supaya ada udara keluar masuk. Simpan tempat redup.
5.Setakat ni, 2-3 tahun masih lagi steady. Bila nak guna, buat pencairan 1 liter air tanpa : 5-10 FAA + Kitosan. Untuk kegunaan yang banyak, sahabat boleh darabkan sendiri ya.
*Buat anda yang suka berkebun dan ada masanya tanaman tidak membuahkan hasil, boleh cuba mol dari bahan-bahan ini ya. InsyaAllah subur elok!
Baca juga: Baca Doa Tanam Pokok, InsyaAllah Pokok Cepat Berbuah & Terus Hidup Subur!
Sumber: Azuan Abdullah