Pokok Moringa, atau juga dikenali sebagai pokok kelor, memang terkenal dengan pelbagai kelebihannya. Hebatnya khasiat pokok moringa ini adalah, bukan sahaja mudah ditanam di Malaysia, malah hampir kesemua bahagian pokok ini boleh dimanfaatkan, dari daun hingga ke akar.
Patutlah pokok ini viral dalam kalangan warga senior dan mereka sering tercari-cari daun pokok moringa yang sudah siap dijadikan dalam bentuk kapsul. Jangan risau, sebenarnya mudah sahaja nak buat sendiri ikut perkongsian dari Puan Suriani di laman Facebook ini.
Baca juga: Tips Jadikan Pokok Bunga Kertas Anda Berbunga Meriah, Baru Tahu Kena Siram Macam Ini..
BANYAK KHASIAT POKOK MORINGA, INI CARA NAK JADIKAN DALAM KAPSUL
Saya tanam pokok moringa pada bulan Ogos 2024, dan saya pangkas pada 29 Disember yang lalu, sebab rimbun dan rendang daun-daunnya. Saya jemur daun-daun moringa untuk dijadikan kapsul dan teh. Ini cara-cara yang saya buat.
1.Mula-mula pangkas daun-daun pokok moringa, lurut kesemua daun-daun itu.
2.Pastikan buang benda-benda asing, serta tangkal-tangkalnya.
3.Cuci bersih-bersih daun trsebut, dan toskan. Masukkan ke dalam penapis dan jemur kering.
4.Pastikan daun-daun tersebut dibalik-balikkan supaya cepat kering.
5.Saya keringkan selama 3 hari, bergantung kepada cuaca.
6.Selepas dijemur kering, terus sahaja dikisar halus, supaya mudah dan cepat hancur diwaktu daun sedang kering dan rapuh.
7.Selepas itu boleh la dibiarkan sejuk dan disimpan d dalam bekas yang kering dan bertutup rapat.
DIGELAR ‘POKOK AJAIB’
Berikut adalah antara kelebihan pokok moringa. Dengan pelbagai manfaat kesihatan dan kegunaannya, tidak hairanlah jika moringa digelar sebagai “pokok ajaib”.
1. Kaya dengan nutrien
-Daun moringa kaya dengan vitamin A, C, dan E, serta mineral seperti kalsium dan zat besi. Ia juga merupakan sumber protein dan serat yang baik.
-Kandungan nutrien yang tinggi ini menjadikan moringa sebagai makanan tambahan yang ideal untuk mengatasi kekurangan zat makanan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
2. Sifat antioksidan
-Moringa kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Antioksidan ini boleh membantu mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, dan diabetes.
3. Ciri-ciri anti-radang
-Moringa mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
-Ini boleh membantu dalam merawat keadaan seperti arthritis, asma, dan penyakit radang usus.
4. Mengawal gula dalam darah
Kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu mengawal paras gula dalam darah, menjadikannya berpotensi bermanfaat untuk individu yang menghidap diabetes.
5. Menurunkan kolesterol
Moringa juga boleh membantu menurunkan tahap kolesterol, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
6. Meningkatkan kesihatan otak
Moringa boleh meningkatkan fungsi kognitif dan melindungi otak daripada kerosakan
7. Meningkatkan sistem imun
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam moringa boleh membantu meningkatkan sistem imun badan.
*Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Tanam Kangkung Dengan Ekspres, Dalam 10-14 Hari Boleh Petik Buat Goreng Belacan!
Sumber: Suriani Lin, Berita Harian