Sihat

Tunggu, Jangan Panik! hMPV Bukan Jangkitan Virus Baharu, Ini Tanda Anda Kena Perhatikan

30
SHARES
virus hmpv

Berita yang mengejutkan seluruh dunia baru-baru ini adalah apabila munculnya virus hMPV yang dikatakan sebagai wabak baharu di China. Ancaman kesihatan yang mula menular ini menyerang sistem pernafasan hingga menyebabkan pihak berkuasa kesihatan mengeluarkan amaran agar masyarakat lebih berhati-hati dengan kebersihan diri.

Namun, setelah beberapa kajian dilakukan ternyata, virus hMPV ini sebenarnya bukanlah baharu dan telah ‘hidup’ dalam kalangan manusia setelah sekian lama.

Baca juga: Cantik & Murah Tapi Berbahaya, Ini Tips Pilih Pinggan Mangkuk Elak Keracunan Plumbum!

VIRUS hMPV BUKAN JANGKITAN BAHARU, INI TANDA JIKA ANDA ‘TERKENA’

virus hmpv

Foto: Freepik

Namun, penting untuk anda memahami situasi ini dengan lebih jelas dan ini merupakan beberapa fakta:

1. Bukan Virus Baharu

hMPV telah dikenalpasti sejak tahun 2001 dan bukanlah virus baharu. Kebanyakan individu telah terdedah kepada virus ini sejak kecil.

2. hMPV adalah penyakit yang tidak perlu dinotifikasi dan dilaporkan

Penularannya berlaku melalui kontak rapat dan titisan pernafasan, serta biasanya berlaku secara bermusim di hujung tahun.

3. Kebanyakan kes adalah ringan

Bagi individu sihat, gejala hMPV biasanya ringan, seperti:

Batuk ringan
-Sakit tekak
-Demam rendah
-Bersin
-Kelesuan

4. Langkah pencegahan sedia ada:

-Cuci tangan dengan sabun dan air
-Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin

*Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah fokus kepada menjaga kesihatan diri dan keluarga. Sekiranya mengalami gejala pernafasan, dapatkan rawatan awal, terutamanya bagi kanak-kanak kecil dan warga emas.

Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan

Sumber: Public Health

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×