Nur

Doa Penawar Racun Akibat Selalu Digigit Serangga Berbisa, InsyaAllah Tak Melarat..

46
SHARES
gigitan serangga beracun

Terkena gigitan serangga beracun seperti kutu babi, lipan atau tebuan merupakan antara pengalaman ngeri perlu dihadapi oleh setiap individu. Mana tidaknya, kesan gigitan yang sakit dan gatal serta boleh menyebabkan bengkak akan berlarutan dalam masa yang lama jika tidak diberikan rawatan segera.

Oleh itu, selain mendapatkan rawatan medikal, dalam Islam juga menyarankan untuk anda membaca doa yang ada dalam Surah Ibrahim sebagai penawar sakit tersebut. InsyaAllah, amalan ini akan membuang racun dari dalam badan.

Baca juga: Ramai Pernah Rasa Tanda-Tanda Penyakit Ain Tapi Tak Sedar, Rupanya Anda ‘Mangsa’!

DOA APABILA TERKENA GIGITAN SERANGGA BERACUN

gigitan serangga beracun

Foto: HonestDocs

Daripada Abi Zar رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :

Apabila kamu sering diganggu dan disakiti oleh kutu (atau sebarang serangga) maka , ambillah sebekas air dan bacakan ayat berikut ke atas air sebanyak tujuh(7) kali.

(وَمَا لَنَاۤ أَلَّا نَتَوَكَّلَ عَلَى ٱللَّهِ وَقَدۡ هَدَىٰنَا سُبُلَنَاۚ وَلَنَصۡبِرَنَّ عَلَىٰ مَاۤ ءَاذَیۡتُمُونَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡیَتَوَكَّلِ ٱلۡمُتَوَكِّلُونَ)

“Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah”. [Surah Ibrahim 12]

Lalu kamu bacakan :

فَإِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِيْنَ فَكُفُّوْا شَرَّكُمْ وَ أذَاكُمْ عَنَّا

(Jikalau kalian dari kalangan makhluk yang beriman maka tahanlah segala kejahatan dan kesakitan kalian daripada menyakiti kami)

Kemudian renjiskan air tersebut di sekitar tempat tidur anda, dengan izin Allah anda akan terlindung dari segala jenis makhluk dan serangga. Bukan itu sahaja, Ustaz Eria Abdul Rohim yang popular kerana sering berkongsikan amalan doa di laman Tiktok turut berkongsikan doa ringkas sebagai penawar racun seperti di bawah.

@eriabdulrohim Balas @1992sorry ♬ suara asli – Eri Abdulrohim

*Jangan lupa juga untuk bersihkan diri, tempat tidur dan kawasan dalam rumah supaya tidak digigit oleh serangga lagi. Selamat beramal!

Baca juga: Cara Buat Semakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM 2023 Secara Online

Sumber: Tengku Daeng Magasatwa, Ustaz Eria Abdul Rohim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×