Siapa yang tak suka masakan yang lengkap dengan aroma bawang? Macam yang kita tahu, bawang memang bahan wajib dalam kebanyakan hidangan Malaysia, tak kira tumis sambal, sup, atau nasi goreng. Tapi, pernah tak rasa stres bila harga bawang naik mendadak? Terus terfikir nak tanam bawang di rumah…
Dalam panduan ringkas ini, kita akan terokai cara-cara mudah tanam tiga jenis bawang popular hinggalah tips penjagaan untuk hasil tuaian yang gempak. Jom mulakan!
Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!
MAK MAK CONFIRM SUKA, INI CARA TANAM BAWANG IKUT 3 JENIS
Anda kena cuba cara yang dikongsi oleh pengguna TikTok @makngahevergreen ni. Tanam sendiri di rumah bukan saja jimat, tapi seronok juga bila dapat tuai hasilnya sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan :
-Bawang Holland
-Bawang merah
-Bawang putih
-Tanah
-Daun kering
-Pasu
-Air
#1 Cara tanam bawang Holland & bawang merah
1. Sediakan bawang: Kupas kulit bawang sehingga bersih dan potong sedikit bahagian atas bawang.
2. Tanam dalam pasu: Isi pasu dengan daun kering dan tanah, kemudian benamkan bawang ke dalamnya. Pastikan bahagian atas bawang terdedah dan jangan tutup sepenuhnya dengan tanah. Daun bawang akan mula tumbuh dalam masa beberapa hari.
Nak guna daun? Potong saja. Kalau nak bawang besar pula, biarkan daun kering dahulu sebelum tuai.
#2 Cara tanam bawang putih
Cara tanam bawang putih sedikit berbeza daripada bawang Holland dan bawang merah.
1. Bersihkan bawang putih: Buang kulit kering di luar tanpa meleraikan ulas bawang putih. Potong sedikit bahagian atasnya.
2. Rendam dalam air: Rendam bawang putih dalam air cetek selama lima hari. Tukar air setiap hari supaya kekal segar.
3. Tanam dalam pasu: Selepas lima hari, tanam bawang putih ke dalam pasu yang berisi tanah dan daun kering. Pastikan hanya daun yang terdedah di atas permukaan tanah.
Untuk semua jenis bawang ni, cukup siram bila tanah nampak kering je. Jangan siram berlebihan, nanti bawang boleh jadi busuk dan kurang elok. Puas hati petik hasil!
Jadi, tunggu apa lagi? Bayangkan, setiap kali nak masak, anda cuma perlu ambil bawang atau daun bawang segar dari pasu sendiri. Rasa puas, kan? Bukan tu je, tanam bawang sendiri ni ada banyak kelebihannya. Antaranya:
-Mudah: Tak perlu tanah luas, pasu kecil pun cukup.
-Jimat duit: Anda tak perlu lagi risau harga bawang naik.
-Hobi yang seronok: Aktiviti berkebun boleh jadi terapi yang menenangkan.
@makngahevergreen Tanam Bawang Putih / Bawang Merah / Bawang Holland 🧅🧄🧅🧄🧅🧄 #tiktokpromote #longervideos #bawang #tanambawang #onion #garlic #kebunbelakangrumah #kebundepanrumah #kebuntepirumah #makngahstressfreegarden #fyp ♬ Cafe music, corporate VP, comfortable(1277239) – zukisuzuki
*Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Baca juga: Baju Yang Dibasuh Jadi Tak Wangi Selepas Kering, Cuba Tips Ini Terutama Sekali Nombor 5!
Sumber: Tiktok @makngahevergreen