DIY & Kraf

Baju Yang Dibasuh Jadi Tak Wangi Selepas Kering, Cuba Tips Ini Terutama Sekali Nombor 5!

546
SHARES
sabun basuh baju wangi

Penggunaan sabun basuh baju wangi menjadi kewajiban setiap kali mencuci pakaian yang sudah dipakai. Memang bau sabun itu akan semerbak semasa baju masih lembap namun akan hilang keharuman apabila sudah kering. Kenapa tak tahan lama?

Rupanya, ada petua lain yang anda perlu lakukan supaya wangian sabun baju tersebut bertahan lama atas fabrik. Berikut merupakan perkongsian tips dan hasilnya sangat memuaskan!

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

SABUN BASUH BAJU WANGI DAH GUNA TAPI TAK TAHAN LAMA, MACAM MANA NAK BUAT?

sabun basuh baju wangi

Baju jadi tak wangi lepas basuh, siapa selalu ada masalah ni? Lepas basuh harum semerbak, tapi bila dah kering, bau wangi tadi hilang. Meh Wan share tips 5 nak bagi baju wangi lama. Tak perlu tuang softener bebanyak pun sebenarnya. Tips last tu paling penting.

1. Campur basuhan dengan softener atau cuka. Kain bau fresh je nanti. Wan suka softener Downy, sebab bau tahan lama. Boleh juga beli dekat MYDIN buat anda yang suka ke sana dan pakai MyDebit serta kad Meriah, boleh dapat diskaun ekstra.

2. Letak softener masa bilasan terakhir, bau lebih kekal lama.

3. Kalau baju jarang pakai, masukkan dalam plastik sebelum simpan dalam almari untuk elak bau tak menyenangkan.

4. Dapat tips ini dari pekerja dobi, mereka akan spray pewangi p-lotion sebelum lipat masuk plastik.

5. Rajinkan cuci tub mesin basuh. Sabun basuh boleh jadi punca tub mesin berdaki/berkulat sekaligus buat bau kepam. Boleh cuci seminggu sekali guna campuran soda bikarbonat dan cuka.

6.Elakkan campur cuka dengan peluntur & jangan guna cuka pada fabrik yang tak boleh kena peluntur.

sabun basuh baju wangi

*Anda akan dapat rasa kelainan bila buat tips ini dan baju memang tahan lama bau wanginya. Ditambah pula dengan semburan pewangi, memang bau satu kampung!

Baca juga: Rupanya Fungsi Touch N Go Pada MyKad Anda Ada Tarikh Luput, Ini Cara Untuk ‘Renew’

Sumber: Wan Suhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×