DIY & Kraf

5 Bahan Di Dapur Boleh Guna Untuk Cuci Baju, Kesannya Memang WOW!

18
SHARES
BAJU KOTOR

Tahukah anda, ada beberapa bahan di rumah boleh digunakan untuk menghilangkan kesan pada baju kotor. Hal ini sudah tentunya menjimatkan kerana tidak perlu mengeluarkan wang.

Sekiranya pakaian anda mempunyai kesan seperti kekuningan, karat dan berbau busuk, cuba cuci menggunakan 5 bahan seperti senarai di bawah.

Baca juga: Cara Betul Cuci Tudung Yang Ada Kesan Peluh, Minyak & Makanan. Baru Cepat Hilang!

5 BAHAN DI RUMAH BOLEH HILANGKAN KESAN BAJU KOTOR

BAJU KOTOR

1. Baking soda

Baking soda bukan sahaja boleh digunakan untuk penyediaan makanan tetapi ia juga boleh digunakan ketika mencuci pakaian. Ini bertujuan untuk melembutkan pakaian dan menghilangkan semua jenis kesan kotor.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tambahkan 1/2 cawan baking soda bersama sabun cuci baju di dalam mesin.

Sekiranya pakaian berbau kepam, cuba rendam semalaman menggunakan baking soda yang dicampur dengan sabun cuci pakaian.

2. Jus lemon/limau

Jus lemon atau limau segar boleh membuatkan baju putih berwarna kuning kembali kepada warna asal. Ia juga boleh menghilangkan karat atau kesan kuning di bahagian ketiak.

Anda hanya perlu tambah 1 cawan jus lemon ke dalam rendaman semasa mencuci pakaian.

3. Cuka putih

Cuka putih boleh membantu menghilangkan kesan baju kotor seperti ketiak kuning, mencerahkan dan melembuatkan pakaian. Anda hanya perlu tambahkan 1 cawan cuka pada bilasan terakhir untuk membuat baju lembut dan berbau segar.

4. Tepung jagung

Seterusnya, bahan di rumah yang boleh digunakan ketika mencuci baju kotor adalah tepung jagung. Ia berfungsi untuk menyerap minyak pada pakaian.

Hanya taburkan tepung jagung ke atas kotoran berminyak dan gosok perlahan-lahan. Setelah itu, biarkan selama 1o minit sebelum mencucinya.

5. Garam

Akhir sekali adalah garam. Ia berfungsi untuk menghilangkan kesan karat dan menyerap kotoran cecair seperti air tumpah. Caranya, taburkan garam pada pakaian dan biarkan ia menyerap cecair.

Kemudian berus sebelum anda mencuci pakaian. Pastikan bilas sehingga bersih sebelum memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

Mudah dan menjimatkan. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara DIY Sabun Cuci Pinggan, Buat Sendiri Lebih Mudah Dan Jimat Duit!

Sumber: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×