DIY & Kraf

Cara Betul Cuci Tudung Yang Ada Kesan Peluh, Minyak & Makanan. Baru Cepat Hilang!

43
SHARES
cara cuci tudung

Kesan peluh, minyak dan makanan yang tumpah pada tudung sudah tentunya ‘masalah’ besar bagi wanita. Hal ini kerana jika salah teknik pencucian, kotoran akan semakin teruk. Jadi, bagi memastikan tudung kesayangan anda dapat diselamatkan, cuba ikut cara cuci tudung seperti perkongsian di bawah.

Caranya sangat mudah kerana semua bahan sudah pasti ada di rumah sahaja. Rugi kalau tak cuba kerana anda tak perlu beli tudung baharu.

Baca juga: Petani Thailand Kongsi Rahsia Pokok Berbuah Lebat, Rupanya Kena Guna Bahan Ini!

CARA CUCI TUDUNG YANG ADA KESAN PELUH, MINYAK & MAKANAN

cara cuci tudung

Kredit: Tribun News

1. Hilangkan kesan peluh

Kesan peluh pada tudung bawal atau selendang yang berwarna cerah boleh dihilangkan dengan menggunakan beberapa bahan seperti di bawah.

– Dalam mangkuk kecil campurkan baking soda dan sabun pencuci pinggan.

– Celupkan berus gigi ke dalam adunan dan gosok perlahan-lahan pada kotoran di tudung.

– Kemudian aburkan sedikit baking soda pada kesan peluh dan biarkan selama kira-kira 10 minit.

– Selepas 10 minit, isi mangkuk besar dengan air suam dan rendam tudung selama 30 minit.

– Selepas 30 minit, bilas tudung sehingga bersih dan gantung.

2. Cara cuci tudung – kesan minyak

Kesan minyak pada tudung antara kotoran paling susah untuk dihilangkan kerana ‘degil’. Cara boleh dicuba adalah dengan meletakkan bedak bayi pada kawasan yang terkena minyak. Ini bertujuan agar bedak tersebut dapat menyerap minyak.

Setelah itu, cuci tudung anda seperti menghilangkan kesan peluh. Langkah yang sama boleh membantu menghilangkan kesan minyak.

3. Kesan makanan & minuman tumpah

Kesan makanan dan minuman yang tumpah pada tudung boleh dicuci seperti cara di bawah. Anda perlu sediakan:

  • Mangkuk besar
  • Mangkuk kecil
  • Berus gigi
  • Detergen pakaian
  • Sabun pencuci pinggan
  • Baking soda

–  Dalam mangkuk kecil, campurkan sedikit sabun pencuci pinggan dan baking soda.

– Celup berus gigi ke dalam adunan dan gosok perlahan-lahan pada kotoran.

– Kemudian, rendam tudung selama 30 minit di dalam air suam yang dicampur pencuci pakaian.

– Angkat dan bilas sehingga bersih.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini Cara Bersihkan Oven Paling Mudah, Tanpa Perlu Sental & Pasti Berkilat!

Sumber: Voile Chic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×