Dapur

Cara Buat Roti Canai Homemade, Confirm Garing Tapi Lembut Sampai Malam. Sedapnya!

71
SHARES
CARA BUAT ROTI CANAI

Roti canai sudah tentunya menjadi menu kegemaran semua orang kerana boleh dimakan siang atau malam. Sekiranya anda ingin mencuba buat sendiri di rumah, boleh ikuti perkongsian resepi cara buat roti canai di bawah.

Resepi ini sudah tentunya lembut dan garing sehingga malam. Lebihan roti boleh disimpan di tempat sejuk dan dipanaskan bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Tepung Dengan Betul, Lebih Tahan Lama & Tak Berulat!

CARA BUAT ROTI CANAI SIMPLE TAPI SEDAP & GARING

CARA BUAT ROTI CANAI

Jom cuba, mudah sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum (Saya guna cap ros)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu majerin
  • 1 sudu kecil garam (Larutkan dalam air)
  • 1/2 cawan air sejuk peti ais
  • 2 sudu susu pekat

Cara penyediaan:

1. Tepung, majerin, susu gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. 

2. Kemudian masukkan air garam dan telur.

3. Masukkan juga sedikit demi sedikit air sehingga doh tidak melekat dekat tangan.

4. Bulat-bulatkan dan rendam di dalam minyak selama 2 jam lebih.

5. Kemudian canaikan dan sedia untuk dimasak.

Sedia untuk dimakan. Cicah bersama kari dan sardin, sudah tentunya lebih sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Masak Terung Tak Lembik Dan Tak Serap Minyak, Baru Lebih Sihat!

Sumber: Facebook Noora Sultan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×