Dapur

Resepi Cornflakes Salted Egg Paling Sedap & Ketagih, Cukup Rasa Pedas Manis Berlemak!

60
SHARES
RESEPI CORNFLAKES SALTED EGG

Antara idea kudapan yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah adalah resepi cornflakes salted egg. Gabungan telur masin dan butter sememangnya sangat sedap dan lebih berlemak.

Cornflakes salted egg ini juga boleh dijadikan hidangan untuk musim perayaan. Confirm tak cukup sebalang bila tetamu makan. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kek Tapak Kuda Viral Paling Sedap, Buat Sendiri Lebih Lembut & Puas Hati!

RESEPI CORNFLAKES SALTED EGG, PEDAS MANIS & RANGUP

RESEPI CORNFLAKES SALTED EGG

Bahan-bahan:

  • Cornflakes
  • Serbuk telur masin kuning
  • Daun kari
  • Butter
  • Cili padi potong
  • Gula pasir

Cara penyediaan:

1. Cairkan butter. Saya pakai suku butter sahaja. Jangan terlalu sedikit sangat nanti tak boleh salut cornflakes.

2. Masukkan daun kari sehingga garing.

3. Masukkan cili padi dan serbuk telur masin.

4. Akhir sekali masukkan cornflakes dan gaul rata.

5. Lepas dah rata, bakar sekejap di dalam oven/air fryer. Saya pakai air fryer selama 7 minit, suhu 180c.

6. Bagi sejuk sekejap sebelum masuk dalam bekas.

Sedia untuk dihidangkan. Boleh buat kudap-kudap sambil tengok tv bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Kerabu Perut Pucuk Paku & Tauge, Lagi Sedap Kalau Buat Stail Macam Ini!

Sumber: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda & Dalila Amli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×