Siapa pernah cuba apam coklat kukus? Rugi kalau tak pernah cuba buat di rumah kerana resepinya mudah sahaja dan confirm akan menjadi hidangan pilihan anak-anak.
Resepi ini seakan-akan kek coklat tapi lebih sedap dan tidak perlu bakar. Ikuti perkongsian penuh resepi apam coklat kukus comel di bawah ini.
Baca juga: Resepi Ayam Masak Berlado Tambah Nasi, Nak Lagi Sedap Letak 1 Bahan Ini!
RESEPI APAM COKLAT KUKUS COMEL UNTUK ANAK
Cuti sekolah dah bermula, ada lah masa sikit nak main masak-masak. Hari ini buat sarapan apam coklat untuk anak.
Bahan A:
- 3 biji telur
- 1 cawan susu cair
- 1 ½ cawan gula
- Secubit garam
Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan serbuk koko
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
Bahan C:
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan air panas
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan A sehingga sebati.
2. Kemudian, ayak semua bahan B dan tuang ke dalam bekas bahan A.
3. Kacau sehingga sebati tanpa ada ketulan tepung.
4. Masukkan pula semua bahan C dan kacau lagi.
5. Masukkan adunan 3/4 ke dalam bekas lompang dan kukus selama 15 minit.
Pastikan anda tutup penutup periuk kukus menggunakan kain untuk mengelakkan air jatuh ke atas apam.
Sedia untuk dihidangkan. Nak lagi sedap boleh parutkan cheese atau letak krim cheese.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Jagung Cup Lemak Manis Ala Pasar Malam, Lagi Senang Tak Payah Kukus Pun
Sumber: Facebook Lubuk Resepi & Noor Baini Bakar