Bila perut lapar ni, macam-macam fikir nak makan kan.
Kalau boring makan kuih goreng-goreng, apa kata cuba resepi apam Milo yang sangat mudah dan cepat ni.
Yang paling bestnya tu sebab resepi apam ni cuma guna 4 bahan saja. Guna blender je pun boleh buat tau. Pendek kata memang simple.
Jadi jangan tunggu lagi, jom kita tengok resepi apam Milo yang dikongsikan oleh Rania Amira ini.
Resepi Apam Milo 4 Bahan Paling Mudah & Sedap. Guna Blender Je!
Mula-mula kita tengok apa 4 bahan yang diperlukan tu:
Bahan-bahan
- Milo – 1 cawan
- Gula – 2 cawan
- Tepung gandum – 2 cawan
- Telur Gred B – 6 biji
- *Esen vanila (kalau ada)
Cara-cara
1. Blender Sampai Kembang
Mula-mula masukkan telur dan gula dulu dan blender sampai kembang.
Kemudian baru tambah tepung gandum ke dalam blender dan putar lagi sampai sebati.
Nak tambah 1 sudu kecil esen vanila pun boleh kalau ada. Tujuannya untuk elakkan bau telur.
2. Asingkan Kepada 2 Bekas
Bila dah siap blender, bubuhkan dalam 2 bekas.
1 bahagian tu bubuh Milo, satu bahagian lagi biarkan.
3. Satukan
Kemudian barulah satukan semula kedua-dua bahagian tadi ke dalam bekas / loyang pengukus.
4. Kukus
Akhir sekali kita kukus selama 30 – 40 minit atau sehingga masak, ikutlah jenis pengukus masing-masing.
Siap!
Ok dah siap…. Inilah hasilnya.
Wah, tak sangka memang menjadi elok je kan walaupun cuma guna 4 bahan?
Serius mudah dan nampak sedap pulak tu.
Bolehlah cuba dekat rumah nanti. Memang sedap buat makan satu famili. Sambil-sambil tengok TV, minum teh atau kopi, lepas tu makan apam ni.
Fuh, sedapnya!
Jom kita cuba?
*Resepi apam Milo 4 bahan yang mudah dan sedap ini dikongsikan oleh Rania Amira menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai resepi, sila rujuk post asal beliau di SINI.