Dapur

Resepi KEROPOK IKAN BILIS Guna Nasi, Menu ‘Ngeteh’ Enak Bersama Keluarga!

17
SHARES
keropok ikan bilis

Tak sangka ya, keropok ikan bilis boleh juga dihasilkan dengan nasi. Bila ada lebihan nasi dekat rumah jangan dibuang, gunakan sebaik mungkin dengan membuat makanan seperti menu minum petang ini.

Jadi, jom menatal hingga ke bawah untuk melihat resepi keropok ikan bilis dari perkongsian Fienaz Shafie.

Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

KEROPOK IKAN BILIS

keropok ikan bilis

Gambar: Fienaz Shafie

Pertama kali buat keropok ikan bilis guna nasi je! Tak sangka menjadi!!! Nasi semalam tak habis jangan dibuang. Jom buat Keropok Ikan Bilis jadikan satu menu minum petang dengan keluarga dihujung minggu.

Baca juga: Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

Baca juga: Resepi SUKUN Goreng Cicah Sambal Kicap Berapi, Sejuk Pun Masih Rangup!

Bahan A (kisar):

  • 4 cawan nasi (guna nasi semalam je)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 kiub serbuk ikan bilis
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • Bahan kisar

Baca juga: Tips Sambal Tahan Lama Untuk Peniaga Kecil, Buat ‘Retort’ Cara Kampung Ini!

Cara masak:

keropok ikan bilis

Gambar: Fienaz Shafie

  1. Kisar semua bahan A.
  2. Campurkan dengan bahan B bentukkan menjadi doh.
  3. Rebus sehingga doh timbul.
  4. Angkat dan toskan sehingga sejuk (doh agak melekit ya).
  5. Apabila doh dah sejuk balutkan dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
  6. Keluarkan dari peti sejuk, hiris nipis-nipis sahaja.
  7. Jemur dibawah matahari selama 2 hari seeloknya untuk dapat keropok yang betul-betul kering.
  8. Goreng dengan minyak panas.
  9. Angkat dan toskan minyak.

Hidangkan dengan Air Teh O panas untuk minum petang bersama keluarga. Selamat mencuba!

Tonton video penuh di sini.

Baca juga: Resepi Kuah Puding Mangga Kastard 3 Bahan, Memang Ngam Rasa Lemaknya!

Sumber: Fienaz Shafie

FT Image: Fienaz Shafie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×