Dapur

Tips Sambal Tahan Lama Untuk Peniaga Kecil, Buat ‘Retort’ Cara Kampung Ini!

21
SHARES
tips sambal tahan lama

Retort makanan adalah satu kaedah bagi memanjangkan hayat makanan tanpa penggunaan pengawet. Terdapat pelbagai cara untuk retort makanan, salah satunya seperti perkongsian tips sambal tahan lama yang tanpa disimpan dalam peti sejuk oleh Wan N Wan M ini.

Menurutnya, ia adalah retort cara kampung yang boleh digunakan oleh peniaga makanan kecil-kecilan. Kalau nak tahu caranya, jom tatal hingga ke bawah!

Baca juga: Resepi Kuah Puding Mangga Kastard 3 Bahan, Memang Ngam Rasa Lemaknya!

TIPS SAMBAL TAHAN LAMA

tips sambal tahan lama

Gambar: Wan N Wan M

Ini cara saya nak bagi sambal hijau saya buat ini tahan lama. Boleh letak dekat luar lebih kurang sebulan tanpa perlu simpan dalam fridge.

Tapi, kalau dah buka penutup itu, kena simpan dalam fridge lah. Bila nak makan boleh rendam botol kaca itu dalam air panas untuk cairkan minyak itu.

Baca juga: Petua Mudah Simpan DAUN PISANG Kekal Hijau Segar Selama 2 Bulan, Jimat Pakai Berniaga!

Kaedah ini di panggil retort cara kampung. Kalau nak diikutkan, ada machine khas untuk retort makanan ini.

Tapi kita ini buat niaga kecil-kecilan saja dekat rumah, jadi inilah kaedah paling mudah nak bagi sambal ini tahan lama.

Baca juga: Ini Cara Nak Buat Botol Kaca Tanpa Pengawet, Sambal Tahan 6 Bulan!

Baca juga: Begini Rupanya Atok Buat Tempoyak, Tak Berkulat & Tahan Lama, Simpan Luar Peti Sejuk Je!

tips sambal tahan lama

Gambar: Wan N Wan M

  1. Dah siap masak sambal isi dalam bekas jar.
  2. Pastikan tutup rapat penutup jar itu seketat-ketatnya.
  3. Susun bekas jar dalam electric steamer atau pengukus yang guna dapur gas pun boleh.
  4. Kukus selama 30 minit.
  5. Bila siap jangan buka, kecuali untuk makan.

Seal pula boleh beli dekat Shopee dan guna hot gun. Saya beli dekat Shopee juga hot gun itu tak sampai RM50.

Boleh juga guna pouch yang untuk makanan itu. Sama saja konsep dia, lepas seal pouch itu terus steam. Insha Allah, bolehlah tahan lama. Nak bawa pergi travel pun senang kan.

Selamat mencuba.

Baca juga:

Sumber: Wan N Wan M

FT Image: Wan N Wan M

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×