Di zaman sekarang ini, untuk mencari cara masak sambal yang betul dan enak amatlah mudah iaitu dengan membuat carian di hujung jari sahaja. Hal ini termasuklah, resipi Sambal Ronggeng yang rangup seperti dikongsikan oleh Mawar Alina.
Semua maklum, pelbagai aneka sambal boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti cili kering, ikan bilis dan bawang merah. Hal ini termasuklah Sambal Ronggeng yang mungkin kedengaran pertama kali kepada anda yang tidak pernah menemuinya.
Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Gula Melaka, Terasa Lemak Manisnya Lebih Padu!
CARA MASAK SAMBAL RONGGENG
Ia sama seperti sambal goreng yang lain, cuma ada sedikit kelainannya. Justeru itu, kalau anda ingin mengenyangkan rasa ingin tahu akan kesedapan dan kerangupan Sambal Ronggeng ini, ikuti resipinya di bawah.
Hari ini ada masa terluang sedikit, jadi kakak nak tunaikan janji berkongsi satu lagi resipi sambal kering kakak. Sebelum Sambal Chukbee, kakak terlebih dahulu dah hasilkan produk ini lebih 4 tahun lepas.
Jadi, kali ini ia adalah resipi Sambal Ronggeng!
Baca juga: Cara Seminit Hilangkan Lendir Hanyir Ikan Keli, Bila Goreng Tak Meletup Pun!
Baca juga: Tips Ibu Buat SAMBAL SOTONG Kekal Gebu, Tak Kecut Masa Memasak & Tak Liat Bila Kunyah!
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- Kentang
- Cili kering
- Ikan bilis
- Bawang merah
- Tepung Bestari / Tepung Jagung
- Garam
- Gula
- Sagat kentang, cuci bersih dan toskan airnya.
- Gunting cili kering dan buang bijinya.
- Kemudian, basuh bersih cili kering dan rebus sekejap, sebelum dibilas dan ditoskan airnya.
- Ikan bilis dibasuh bersih dan toskan airnya.
- Tabur sedikit tepung bestari @ tepung jagung pada ikan bilis untuk hasil rangup.
- Goreng berasingan sehingga garing bahan-bahan ini iaitu ikan bilis, kentang, cili kering dan bawang.
- Guna chopper untuk mengisar cili kering, ikan bilis dan bawang goreng.
- Seterusnya, gaul mesra bahan-bahan kisar dengan kentang goreng, sedikit garam, gula dan perasa jika suka.
Tips sambal ronggeng lebih sedap dan tahan 3 bulan
Nak lebih sedap biarkan semalaman baru makan sebabnya rasa cili itu akan lebih sebati dengan kentang.
Sambal ini boleh bertahan lebih 3 bulan, memang kriuk kriuk begitu. Asalkan tutup elok bekas kedap udara.
Kakak halalkan kepada semua orang guna resipi ini untuk manfaat bersama. Doakan yang baik-baik untuk kakak ya.
Baca juga: Bibik Jawa Timur Ajar Buat Ayam Penyet Sambal Terasi Versi Paling Ringkas Tapi Rasa Meledakkk!
Sumber: Mawar Alina
FT Image: Mawar Alina