Dapur

Bibik Jawa Timur Ajar Buat Ayam Penyet Sambal Terasi Versi Paling Ringkas Tapi Rasa Meledakkk!

23
SHARES
resepi ayam penyet simple

Kepada penggemar nasi ayam penyet, anda sememangnya tidak boleh melepaskan peluang untuk belajar membuat hidangan ini di rumah. Jangan rasa menu ini kompleks, sebab resepi ayam penyet simple sebenarnya ada!

Resipi ayam penyet yang paling ringkas ini dikongsikan oleh Suhaila Jabarudin selepas belajar dari bibiknya yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia. Walaupun ringkas tapi rasanya masih kekal berapi dengan adanya sambal terasi seperti anda inginkan. Jadi, jangan buang masa jom masuk ke dapur!

Baca juga: Resipi Pulut Gaul Nyor (Kelapa Parut) & Ikan Rebus Goreng Manis, Sedap Macam Di Yala Thailand!

RESEPI AYAM PENYET SIMPLE SAMBAL TERASI

resepi ayam penyet simple

Nasi ayam penyet resipi diajar oleh pembantu rumah saya, orang Jawa Timur di Ponorogo. Ayam penyet ini terlalu banyak versi. Di kampung dia pun ada bumbu-bumbu lain, yang ini paling ringkas tapi rasa meledakkkk.

Sekadar info sebelum ada yang tanya:

  1. Nasi ayam penyet asalnya memang tak ada sup, setelah masuk Malaysia diolah sebab orang kita suka makan berkuah. Tapi kalau di sana memang tiada sup.
  2. Kicap hanya pilihan, terpulang pada masing-masing.
  3. Ulam kalau ada daun kemangi barulah sempurna. Dekat sana senang dapat, sini susah sikit, jadi guna timun dan kubis pun okey.

Baca juga: Ada Warna Hitam & Perang, Ramai Keliru Asam Keping Mana Yang Lebih Sedap, Ini Jawapannya!

Bahan-bahan dan cara penyediaan ayam:

resepi ayam penyet simple

  • 3 ketul kunyit *
  • 7 ulas bawang putih *
  • 1 sudu besar biji ketumbar *
  • 2 cawan setengah air
  • Ayam yang telah dikelar
  • 1 sudu kecil serbuk sukup rasa
  • 2 sudu kecil garam
  1. Kisar semua bahan bertanda * di atas.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sukatan air yang telah diberikan.
  3. Masukkan pula serbuk cukup rasa dan garam dan biarkan ia mendidih sehingga ayam masak.

Setelah ayam menjadi masak di dalam air rebusan, lakukan langkah-langkah di bawah pula:

  • 6 senduk kecil air rebusan ayam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  1. Kacau semua bahan di atas di dalam mangkuk.
  2. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu pekat agar ayam menjadi lebih rangup.
  3. Salutkan ayam yang direbus tadi dengan bancuhan ini.
  4. Goreng ia di dalam minyak panas sehingga masak keperangan.

Baca juga: Resipi Pani Puri Makanan Popular Masyarakat India, Bila Pecah Dalam Mulut Melimpah Segala Rasa!

Bahan-bahan dan cara penyediaan sambal terasi:

cara buat sambal ayam penyet

  • 2 biji besar tomato *
  • 4 batang cili merah *
  • Cili api ikut selera *
  • 2 biji bawang besar *
  • 2 inci belacan *
  • Gula Melaka tak sampai 1 kabung kecil
  • 1 sudu serbuk cukup rasa
  • 1 sudu kecil garam
  • Setengah biji limau nipis
  1. Goreng semua bahan bertanda * di dalam minyak panas sehingga layu.
  2. Setelah itu, kisar dan goreng semula supaya sambal lebih tahan lama.
  3. Masukkan pula gula Melaka, serbuk cukup rasa, garam dan air perahan limau.
  4. Biarkan sambal masak sehingga bertukar warna sedikit gelap.

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Pisang Kapas Campur Ikan Masin Talang, Lauk Kampung No. 1 Kesukaan Ramai!

Cara penyediaan tempe, tauhu dan kriuk kriuk goreng:

cara buat sambal ayam penyet

  • 2 keping tempe
  • 3 biji tauhu
  1. Potong tempe kepada 4 bahagian dan tauhu dibelah 2.
  2. Celupkan mereka di dalam bancuhan tepung ayam yang sama.
  3. Kemudian, gorengkan di dalam minyak ayam tadi.

cara buat sambal ayam penyet

  • 1 senduk air rebusan
  1. Masukkan air rebusan tambahan di dalam lebihan bancuhan tepung sehingga menjadi cair.
  2. Gunakan penapis untuk menuang bancuhan di dalam minyak panas.
  3. Boleh angkat bila dah garing.

Dah siap semua di atas, bolehlah penyekkan ayam goreng dengan anak lesung dan taburkan kriuk kriuk di atasnya. Jangan lupa ulam-ulaman iaitu timun dan kobis.

Terima kasih bibik Tini! 7 tahun duduk dengan saya, ditukar lidahku jadi lidah Jawa. Macam-macam masakan sana dia ajar. Enakkk!

@suhailasaja

Tolong lah buat nasi ayam penyet ni dan gemuk bersama2. Ni resepi bibik tini, sedap yakmat! dah buat cuba share dekat comment #fyp #fypシ゚viral #plummakanapatu #plumshumblekitchen #makanmakan #masakcaraplum #nasiayampenyet #sambalterasi

♬ original sound – Suhailasaja – Suhailasaja

Baca juga: Resipi Nugget Ayam Tempura ‘Homemade’, Dari Tak Gemar Isi Dada Ayam Terus Laju Je Nak Gigit!

Sumber: Suhaila Jabarudin

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×