Dapur

7 Jenis TAUHU Yang Jarang Anda Kenal, Tapi Tanpa Sedar Pernah Makan!

13
SHARES
jenis-jenis tauhu

Secara umumnya, tauhu atau taufu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Kalau nak tahu, terdapat pelbagai jenis-jenis tauhu yang wujud mengikut tempat pembuatannya.

Antaranya adalah Tauhu Jepun yang dikatakan berasal dari negara matahari terbit itu sendiri dan Tauhu Sumedang dari Indonesia. Walaupun begitu, makanan ini sangat popular sebagai makanan rakyat. Jadi, jom lihat senarai jenis-jenis tauhu di bawah.

Baca juga: Resepi LAICI KANG, Air Berbuka Puasa Penyejuk Tekak Yang Melegakan~

JENIS-JENIS TAUHU

1. Tauhu Kuning

jenis-jenis tahu

Gambar: tokopedia

Tekstur tauhu kuning sangat padat, kenyal, berpori halus, lembut dan bentuknya kotak segi empat. Tauhu kuning sesuai untuk tumisan, isi sup atau di goreng.

Kalau di goreng, bahagian luar kering namun tetap lembut di bahagian dalamnya.

2. Tauhu Susu

jenis-jenis tahu

Gambar: paxelmarket

Tauhu susu ialah produk susu yang diperolehi daripada proses perahan susu dengan asid seperti jus lemon atau cuka dan kemudian mengeluarkan bahagian cecair.

Ia mempunyai rasa yang enak dengan tekstur tauhu yang lembut. Apa yang menjadi uniknya ciri tauhu susu ialah bahan-bahan yang dicampur semasa membuatnya seperti kacang soya, susu lembu tulen, mentega, garam, kunyit, bawang putih, air dan pati tauhu.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!

3. Tauhu Sutera (Tauhu Jepun)

tauhu sutera

Gambar: shutterstock

Tauhu sutera adalah sejenis tauhu yang mempunyai tekstur yang sangat lembut dan warna yang sangat pucat. Nama lain ialah tauhu Jepun kerana berasal dari negara tersebut.

Teksturnya pun begitu unik, sangat lembut bila dimakan dan berbentuk sama ada silinder (taufu) dan segi empat.

Kandungan tertinggi dalam tauhu sutera adalah air, diikuti oleh protein dan lesitin. Ia diperbuat daripada susu soya yang dicampur dengan glucono delta-lactone.

4. Tauhu Kulit

tauhu kulit

Gambar: sajiansedap

Tauhu kulit atau biasa dipanggil kulit tauhu, ia sedap digoreng dan sesuai juga dimasak tumis air.

Baca juga: 5 Tips Pilih Daun Pisang Untuk Bungkusan Makanan, Ilmu Berguna Buat Peniaga!

5. Tauhu Bulat

tauhu bulat

Gambar: ikarahma

Seperti namanya, tauhu ini berbentuk bulat. Rasanya yang enak menjadikan tauhu jenis ini cukup popular sebagai makanan ringan dalam bentuk kacang soya yang diproses dan dijadikan tauhu bulat dengan pengisian berongga.

6. Tauhu pong

tauhu pong

Gambar: bobogrid

Tauhu pong mempunyai tekstur lebih keras apabila dimakan kerana kebiasaan yang digoreng menggunakan api besar. Semasa proses memasak, banyak minyak digunakan supaya ia boleh mengembang.

Rasa tauhu pong sangat enak kerana direndam dalam air masin terlebih dahulu. Tauhu jenis ini sangat sesuai dihidangkan bersama sos cili atau lada cayenne pedas bagi meningkatkan lagi selera.

7. Tauhu Putih

tauhu putih

Gambar: sajiansedap

Tauhu putih mempunyai tekstur padat dengan pori-pori agak besar. Ia juga mempunyai pelbagai bentuk dan ukuran.

Selain itu, tauhu putih sesuai dijadikan lauk, hidangan berkuah (sup, sayur kuah), aneka tumis, adunan isian dan goreng. Namun, kualiti tauhu putih hanya boleh bertahan selama 2 hari.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

Sumber: Tauhu Begedil Melaka / Tempo.co / Wikipedia tahu sutra / Wikipedia tahu bulat / TheAsianParent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×