Dapur

Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!

112
SHARES
resepi ayam masak bawang

Apabila tekak teringin menikmati menu ayam masak bawang, pastinya kedai Nasi Kandar akan menjadi pilihan utama. Justeru itu bagi memudahkan anda tanpa menyusahkan diri keluar rumah, ikuti resepi ayam masak bawang yang dikongsikan Mizah Ngatiman ini.

Bahkan, menu ini juga sangat sesuai dinikmati ketika waktu sahur kerana cara penyediaannya tidak renyah, asalkan ada bahan. Jadi, jom buat juadah ayam masak bawang sahur nanti!

Baca juga: 5 Tips Pilih Daun Pisang Untuk Bungkusan Makanan, Ilmu Berguna Buat Peniaga!

RESEPI AYAM MASAK BAWANG

resepi ayam masak bawang

Gambar: Mizah Ngatiman

Sedap betul, seketul buat sahur tadi tinggal panaskan. Masaknya pun tak susah, layan pula dengan nasi panas. Memang sesuai untuk dijadikan menu sahur.

Sebenarnya dah banyak kali suami makan Ayam Masak Bawang. Namun, saya sendiri tak pernah cuba sebabnya setiap kali makan Nasi Kandar kita ralit makan Ayam Goreng Mamak sahaja.

Kelmarin bila beliau kata teringat Ayam Masak Bawang, saya cubalah cari resepi dan terus cuba. Bertambah 3x beliau makan…mak aiiiiii. Jadi beliau kata! Baiklah, ini bahan-bahannya ya.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

Baca juga: Resepi Bubur Som Som Lembut & Enak, Menu Berbuka Puasa Digilai & Wajib Cuba!

Bahan-bahan:

resepi ayam bawang

Gambar: Mizah Ngatiman

  • 2 belah bahagian ayam
  • 3 biji bawang merah besar
  • 1 biji bawang merah besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 inci halia (kisar)
  • Daun kari (saya tak letak)
  • Daun pandan
  • Serai diketuk
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa

Baca juga: Ini Proses Buat Cincau Hitam Dari Pokoknya, Lebih Asli & Sedap!

Cara memasak ayam masak bawang:

resepi ayam masak bawang

Gambar: Mizah Ngatiman

  1. Lumur serbuk kunyit dan garam lada ayam dan kemudian goreng seperti biasa.
  2. Hiris bawang, goreng sampai warna keperangan seperti gambar atas, tak perlu garing sangat dan asingkan.
  3. Tumis daun pandan, serai dan rempah 4 sekawan.
  4. Letak bahan kisar tadi dan biar pecah minyak sekejap.
  5. Kemudian lebur 3 jenis serbuk tadi, tumis biar pecah minyak sekali lagi.
  6. Dah pecah minyak, letak sedikit air.
  7. Letak sos tiram dan sos cili.
  8. Letak garam dan gula secukupnya.
  9. Renjiskan kicap manis.
  10. Kuah dah sedikit memekat, terus letakkan ayam goreng tadi dan sekali bawang goreng.
  11. Gaul-gaul…arrr siap!

Baca juga: Resepi Putu Piring Guna Gula Merah & Tepung Pulut, Ternyata Sedap Juga!

Sumber: Mizah Ngatiman

FT Image: Mizah Ngatiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×