Dapur

Ini Proses Buat Cincau Hitam Dari Pokoknya, Lebih Asli & Sedap!

46
SHARES
cincau hitam

Bagi anda yang mempunyai tanaman pokok cincau hitam di rumah, apa kata manfaatkannya dengan membuat cincau. Sebenarnya, kalau nak tahu tidak sukar untuk membuat cincau hitam sendiri di rumah.

Kalau nak tahu caranya, mari lihat cara buat cincau dari pokok cincau hitam yang dikongsikan Ibrisam Wossali.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

CINCAU HITAM

cincau hitam

Gambar: tanaman cincau hitam – Ibrisam Wossali

Pokok Cincau Hitam

Setiap tahun sebelum tiba bulan Ramadhan, saya akan simpan stok daun cincau kering. Nanti senang nak buat cincau sepanjang bulan Ramadhan. Air minuman cincau + air kacang soya memang menjadi pilihan semasa berbuka puasa.

Nak keringkan daun cincau ini sebenarnya tak susah mana pun.

air cincau

Gambar: Ibrisam Wossali

Jika musim panas terus jemur dekat bawah matahari. Jika musim hujan, ikat secekak pastu gantung dekat tempat teduh. Hampir seminggu barulah kering daunnya.

Bila dah kering saya leraikan daun dari tangkainya letak dalam dulang pulak. Jika hari panas, terus jemur 2 atau 3 hari lagi. Kemudian, dah boleh simpan.

air cincau

Gambar: Ibrisam Wossali

Baca juga: Resepi Putu Piring Guna Gula Merah & Tepung Pulut, Ternyata Sedap Juga!

RESIPI CINCAU HITAM

cincau hitam

Gambar: Ibrisam Wossali

Di sini saya nak berkongsi cara memproses cincau hitam. Saya dapat resepinya dari seorang sahabat.

Resepinya itu saya ada buat penambahan bahannya seperti air kapur atau air abu dan daun pandan. Saya dapat ilmu ini melalui pembacaan dan belajar dari youtube.

Baca juga: 11 Aneka Resipi Telur Istimewa Bulan Ramadan, Mudah Masak Waktu Sahur & Tak Renyah!

Bahan-bahannya:

  • 100 gm daun cincau kering.
  • 5 liter air tapis
  • 200 gm tepung kanji
  • 20 ml air kapur ( air abu)
  • 3@4 helai daun pandan

Caranya :

  1. Rendam sekejap daun cincau kering. Kemudian basuh sehingga bersih. Tapis sekejap daun yang telah di basuh tadi.
  2. Sediakan air tapis + air abu + daun pandan. Rendam daun cincau dalam air tersebut semalaman.
  3. Esoknya terus rebus lebih kurang dalam 30 minit. Pastikan air rebusan berbaki 2/3 bhg ( 3.3 liter) atau kurang dari 3.3 liter.
  4. Tapis air rebusan dan biarkan ia menjadi suam dahulu.
  5. Kemudian barulah bancuh tepung kanji dengan sedikit air lalu campurkan dalam pati rebusan cincau tadi.
  6. Rebusan kali kedua ini mestilah guna api yang kecil sahaj.
  7. Masak sehingga air menjadi hitam berkilat dan likat.
  8. Tutup api dan terus tuang ke dalam bekas. Proses ini kena cepat dan pantas sebab cincau cepat sangat membeku.
  9. Setelah sejuk bolehlah dicampurkan dalam minuman kegemaran masing-masing.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi ROTI PURI Tanpa Yis (Mauripan), Bila Sejuk ‘Maintain’ Je Rangup & Tak Kempis!

Sumber: Ibrisam Wossali

FT Image: Ibrisam Wossali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×