Dapur

11 Aneka Resipi Telur Istimewa Bulan Ramadan, Mudah Masak Waktu Sahur & Tak Renyah!

31
SHARES
resepi telur

Masakan berasaskan telur sudah menjadi kegemaran ramai kerana ia sangat mudah untuk disediakan, terutamanya ketika waktu sahur bagi individu yang berpuasa. Justeru itu, sempena Bulan Ramadan yang bakal tiba, penulis ingin kongsikan resepi telur yang beraneka dan mudah buat pembaca semua!

Baca juga: 5 Cara Siang Ikan Panduan Lengkap Guna Pelbagai Alat, Lepas Ini Sebelah Mata Je Boleh Buat!

RESEPI TELUR BERANEKA

resepi telur

1. Telur pecah hancur meletop – Aleen Aireish

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 3 biji telur
  • 4 s/mkn cili dikisar bersama dengan bawang merah & putih
  • 3 s/mkn cili sos
  • 1 s/mkn gula merah
  • 2 s/mkn gula pasir garam secukup rasa
  1. Tumis cili kering hingga masak.
  2. Masukkan cili sos.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir & garam.
  4. Rasa dah meletop, pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali.
  5. Biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan.
  6. Kaup manja telur dalam kuali baru jadi hancur-hancur tu dan nak hancur halus-halus, masa pecahkan telur terus saja gaul telur dengan sambal.

2. Telur masak kicap – K.Lina

resepi telur

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 4 biji telur
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 hiris nipis halia*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • sedikit lada hitam*
  • 2 sudu cili dikisar
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit sahaja sos cili
  • Kicap
  • Cili padi diketuk (ikut suka nak banyak mana)
  • Hirisan bawang besar (ikut suka nak banyak mana)
  • Garam & gula
  1. Bahan-bahan yang bertanda *** ditumbuk kasar sahaja, nak lumat pun boleh.
  2. Selepas itu, bolehlah ditumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili, kicap dan lada sulah.
  4. Masukkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan sebab nak biarkan kuah menggelegak masak.
  5. Masukkan cili padi dan hirisan bawang merah.
  6. Seterusnya, kena pandai-pandai rasa masin, manis, pedas dan lada sulah (mewangikan kuah kicap).
  7. Akhir sekali, masukkan telur digoreng tadi dan tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng.

3. Telur bistik – Kyna Sharif

resepi telur

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  1. Telur dadar: Pecahkan telur + garam + daging ayam potong dadu yang digoreng awal (saya guna daging burger). Gorengkan telur macam biasa.
  2. Kuah: Tumiskan bawang putih cincang + bawang holland potong dadu. Dah layu, masukkan sos cili + sos tomato. Tambah air.
  3. Tambah cili padi ketuk, sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum).
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Dah siap kuah, tuang atas telur dadar itu dan tabur daun sup serta daun bawang.
  6. *Nak kuah lebih tambahkan air, cili sos dan cili tomato lebih.

Baca juga: Resepi Bubur Som Som Lembut & Enak, Menu Berbuka Puasa Digilai & Wajib Cuba!

4. Sambal telur rebus

resepi sambal telur rebur

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 4 ulas bawang putih*
  • 4-6 biji bawang merah kecil*
  • ½ biji bawang besar*
  • 1 mangkuk minyak masak
  • ½ biji bawang besar
  • 7 biji telur (saiz B)
  • 15-20 biji cili kering
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sb gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • ½ sb serbuk seasoning
  • 1 biji bawang merah
  • Sedikit air, untuk berkuah
  • 1 sb cuka
  1. Kisar halus bahan-bahan bertanda *.
  2. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar.
  3. Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili kisar).
  4. Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam mesin pengisar dan kisar halus.
  5. Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan).
  6. Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit.
  7. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  8. Tumis bawang besar sampai lembut. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka.
  9. Kacau sampai pecah minyak.
  10. Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur rebus.
  11. Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut.

5. Telur goreng kicap pedas – Kyna Sharif

resepi telur goreng kicap pedas

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • Telur 4 biji
  • Sebiji bawang besar dihiris halus*
  • Setengah biji tomato dipotong dadu*
  • Kicap
  • Cili padi 7 biji dihiris
  • 4 biji limau kasturi dibelah 2
  1. Minyak untuk menggoreng
  2. Goreng telur sampai masak.
  3. Angkat dan letak dalam pinggan.
  4. Campurkan semua bahan bertanda *, kicap dan perah sedikit limau kasturi di dalam bekas lain.
  5. Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist, Boleh Pilih Nak Bakar Atau Kukus, Mudah & Sedap Sangat!

6. Telur bungkus ala Thai – Farida Alang

resepi telur bungkus

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 2 biji ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 camb kacang peas
  • 2 camb sas tomato
  • 1 camb sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar (dipotong 1 inci)
  1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan, kemudian masukkan isi ayam @ daging.
  3. Setelah masak masukkan sos tomato, sos tiram, garam, bawang besar dan masak sehingga bawang layu.
  4. Masukkan tomato dan kacang peas, masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.
  5. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empat segi.

7. Sup telur – Kyna Sharif

resepi sup telur

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • Telur
  • Suhun (rendam 10 minit)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili besar*
  • 1 kiub ayam knorr
  • Garam
  • Daun bawang potong halus
  1. Potong halus bahan bertanda * dan tumis.
  2. Masukkan air dan kiub ayam knorr.
  3. Bila mendidih pecahkan telur sebiji-sebiji.
  4. Masukkan garam dan adjust rasa
  5. Bila telur masak, masukkan suhun.
  6. Masukkan daun bawang dan tutup api.

8. Kurma telur – Kyna Sharif

resepi kurma telur

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 10 biji telur direbus
  • 2 paket kecil rempah kurma
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 labu bawang merah besar hiris besar
  • 1 inci halia
  • 2 biji tomato (optional)
  • 1 biji lobak merah
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Air asam sikit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air.
  3. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air asam dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.
  5. Masukkan kentang, lobak dan masak sehingga empuk.
  6. Masukkan telur, cili merah, tomato dan garam secukup rasa.
  7. Lepas itu, adjustlah kuah dia nak pekat atau cair.

Baca juga: Resepi ROTI PURI Tanpa Yis (Mauripan), Bila Sejuk ‘Maintain’ Je Rangup & Tak Kempis!

9. Kari telur – Kyna Sharif

resepi kari telur

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya
  • Bunga cengkeh
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Rempah kari daging
  • Kerisik
  • Santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
  • Garam
  • Air- ikut citarasa nak kuah pekat dan banyak mana
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.
  2. Bahan yang ditumbuk tadi digaul dengan rempah dalam satu mangkuk dan dibancuh dengan sedikit air.
  3. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi yang digaul dengan bahan yang ditumbuk.
  5. Biar sampai garing dan naik minyak.
  6. Lepas itu, masukkan santan tadi dan masukkan air untuk ikut tahap kepekatan yang dimahukan.
  7. Masukkan kerisik, gaul bagi sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan telur ayam rebus tadi dan masak hingga mendidih.
  9. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api.

10. Sambal telur ikan bilis

resepi sambal telur ikan bilis

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 4 biji telur, digoreng mata kerbau
  • 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
  • 1 pokok daun bawang dihiris halus
  • Daun salad secukupnya untuk hiasan
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3/4 inci belacan*
  • 1/2 inci halia*
  1. Tumbuk halus bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  4. Tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sekejap, rasa dan jika okay boleh tutup api.
  7. Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi.
  8. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang.

11. Telur dadar berkeju – Amie’s Little Kitchen

resepi telur dadar keju

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 5 biji telur gred B
  • 1/2 labu bawang besar – potong dadu
  • 3 batang daun sup – hiris halus
  • 7 biji cili padi – hiris halus
  • 1 cawan hirisan keju cheddar
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam Maggi Cukup Rasa
  • Mentega
  1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
  2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil dan cairkan sedikit mentega.
  3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
  4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju cheddar.
  5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
  6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
  7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Sumber: Kyna Sharif

FT Image: Kyna Sharif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×