Dapur

Menu Ekspres Ramadan, Resepi Enak Telur Sambal Cili Kering!

122
SHARES
resepi telur sambal

Menu ekspres di bulan Ramadan, merupakan pilihan yang digemari orang ramai kerana proses penyediaannya yang mudah di samping, faktor puasa yang ingin meminimakan tenaga yang digunakan. Maka, resepi telur sambal cili kering adalah hidangan yang sesuai untuk anda cuba lakukan di rumah yang hanya makan masa kurang dari 30 minit.

Resepi ekspres ini telah dikongsikan oleh saudara Wan Luqman pada 3 tahun lalu, yang telah mendapat 8.2K perkongsian sehingga kini. Sambal ini hanya makan bersama nasi panas sahaja pun dah boleh buka selera anda. Jom cuba!

Baca juga: Ini Buah-Buahan Yang Bagus Diambil Ketika Berpuasa, Barulah Kekal Bertenaga Di Siang Hari!

MENU EKSPRES RAMADAN!

resepi telur sambal

Nah lauk sahur atau lauk berbuka ekpresss. Dah 3 tahun ya resepi ini.

Telur sambal cili kering. Perah limau, daun bawang, bawang goreng. Lepas itu, renjis kicap dekat nasi. Telur kuning cair-cair. Layan makan dengan nasi putih sahaja. Ya Allah, sedap!

Nah resepi, kongsi ramai-ramai ya supaya orang lain pun boleh masak bawak bekal!

RESEPI TELUR SAMBAL CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

Ini bahan-bahannya. Alahai 4 benda je pun huhu.

resepi telur sambal

  • Ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • Cili kering

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Mula-mula goreng cili kering sehingga sedikit garing. Nak rebus dulu pun boleh tak rebus pun boleh. Basuh bilas-bilas sahaja pun boleh tapi bagi kering lah dulu nanti meletop-meletop kena muka!

resepi telur sambal

Ini garing. Bukan hangus.

2. Lepas itu, terus goreng ikan bilis dan bawang putih sehingga garing.

resepi telur sambal

3. Apabila ikan bilis dah siap goreng. Masukkan semua bahan goreng tadi ke dalam lesung batu untuk proses penumbukan.

Tumbok kasar sahaja tapi jangan halus sangat. Gitulahhh.

4. Tumis sesudu sos tiram. Kalau tak ada pun tak apa.

resepi telur sambal

5. Kemudian, masukkan balik bahan yang ditumbuk dan masukkan garam serta gula ikut sesedap rasa anda. Disebabkan saya suka cili kering yang menggerutu, pedas maut. Jadi lebihkan gula sikit.

6. Masukkan telur 3 biji. Apabila dah masukkan, telur akan mula memasak, jadi kais-kais yang putih ini kerana saya nak kuning separuh cair hehe. Ini gambar selepas 3-4minit. Kalau tak suka kuning cair-cair, kacau sahaja sekaligus.

resepi telur sambal

7. Perlahan-lahan saya tarik yang putih yang dah masak tu. Hehe hati-hati ye jaga kuning tu macam jaga baby tau!

8. Akhir sekali, bila kuning tu dah capai tahap piawaian korang, angkat dan letak atas telur putih yang kita dah angkat awal tadi.

resepi telur sambal

9. Tabur daun bawang dan wajib perah asam limau. Memang kick dia sejauh mata memandang!

Sumber: Facebook Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×