Dapur

Ini Buah-Buahan Yang Bagus Diambil Ketika Berpuasa, Barulah Kekal Bertenaga Di Siang Hari!

18
SHARES
tips bertenaga semasa puasa

Berpuasa merupakan amalan wajib dilakukan oleh umat Islam pada bulan Ramadan kecuali bagi individu yang tidak berkemampuan. Oleh kerana puasa memerlukan seseorang itu menahan diri dari makan dan minum, bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari, maka anda perlu mengetahui tips bertenaga semasa puasa supaya kekal segar dan aktif.

Justeru itu, di bawah merupakan senarai buah-buahan yang boleh diambil ketika berbuka dan sahur sepanjang anda berpuasa. Anda juga boleh jadikan ia sebagai rutin makanan sihat. Selamat berpuasa!

Baca juga: 12 Idea Minuman Berbuka Puasa Yang Sedap & Terpaling Mudah Bahannya!

TIPS BERTENAGA SEMASA PUASA

tips bertenaga semasa puasa

6 JENIS BUAH-BUAHAN BAGUS DIAMBIL SEWAKTU BERPUASA

1. KURMA

Kurma merupakan salah satu makanan terbaik untuk diambil ketika mengerjakan amalan puasa. Hal ini kerana, mengambil buah kurma yang mengandungi kalori ketika sahur, terutamanya dapat membekalkan tenaga pada tubuh badan di siang hari.

Malah, buah sunnah ini mengandungi banyak serat, protein dan mineral yang memberi banyak kebaikan seperti di bawah:

  • Gula beri tenaga yang cepat.
  • Serat bantu penghadaman dan beri tenaga yang tahan lebih lama.
  • Mineral seperti potassium bantu menstabilkan bendalir badan.

2. EPAL

Buah epal mengandungi serat yang memberikan kebaikan pada kesihatan badan. Hal ini kerana, serat pada epal akan membantu menyiapkan organ-organ pencernaan untuk menerima makanan yang lebih padat di dalam tubuh badan.

3. PISANG

tips bertenaga semasa puasa

Biarpun kandungan gula dan karbohidrat pisang tinggi, buah-buahan yang penuh dengan nutrien ini menghasilkan makanan terbaik untuk dimakan semasa berbuka puasa. Ia mengandungi karbohidrat, serat, vitamin dan mineral yang sihat yang akan mengisi semula badan anda dengan cepat.

Mengambil buah pisang sewaktu berbuka puasa dapat bantu memulihkan tenaga dan keseimbangan elektrolit yang mungkin berubah akibat kurangnya masukan makanan selama berpuasa.

4. TEMBIKAI

Memandangkan tembikai terdiri daripada lebih daripada 90% kandungan air, ia adalah buah-buahan yang bagus untuk dimakan semasa berbuka puasa. Hal ini kerana, air tersebut menjadikannya mudah dihadam dan membantu menghidratkan anda.

Malah, kandungan airnya yang tinggi, tembikai mempunyai ketumpatan kalori yang sangat rendah. Ini bermakna sebahagian besar tembikai mengandungi sedikit kalori. Makanan dengan ketumpatan kalori yang rendah dapat membantu penurunan berat badan dengan menggalakkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan.

5. OREN

tips bertenaga semasa puasa

Terdapat hampir setengah cawan (118 ml) air dalam sebiji oren, bersama dengan serat dan beberapa nutrien. Ini termasuklah vitamin C dan kalium, yang boleh meningkatkan fungsi imun dan kesihatan jantung anda.

Air dan serat dalam buah oren boleh menggalakkan rasa kenyang, yang berguna untuk mengawal selera makan anda.

6. STRAWBERI

Buah strawberi bagus diambil ketika berbuka puasa kerana mempunyai kelebihan dalam mengawal gula dalam darah. Buah ini juga, memperlambatkan proses pencernaan glukosa.

Jadi, anda boleh mendapatkan bekalan zat dan cairan tanpa berisiko peningkatan gula secara drastik dalam darah.

Sumber: Better Me / Healthline / Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×