Dapur

12 Idea Minuman Berbuka Puasa Yang Sedap & Terpaling Mudah Bahannya!

5
SHARES
minuman berbuka puasa

Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang paling diraikan umat Islam. Selain memperbanyakkan amalan, tak kurang juga pelbagai jenis minuman berbuka puasa yang mengiurkan mula muncul di laman media sosial dan bazar Ramadan.

Kadang-kadang ada minuman unik yang dijual tapi harga yang diletakkan boleh tahan mahal, walaupun bahan-bahannya tidak banyak. Jadi, daripada sekadar lalu dan tengok, apa kata anda cuba buat minuman-minuman unik ini di rumah.

Baca juga: Petua Hilangkan Miang Sayur Keladi, Barulah Berani Nak Masak Sendiri!

MINUMAN BERBUKA PUASA

minuman berbuka puasa

Resepi yang tersangat mudah ini mempunyai 12 jenis minuman yang telah dikongsikan oleh saudara Azli Saimon. Barulah tak kempunan perut dan terliur tekak. Jom cuba!

Menu minuman simple berbuka untuk bulan puasa. Bahannya ada di setiap gambar.

12 RESEPI MINUMAN RAMADAN

MINUMAN PERTAMA

minuman berbuka puasa

Cendol dan potongan mangga harum manis bersama beri, kuah santan dan gula merah. Jangan lupa tambahkan ais.

MINUMAN KE-2

minuman berbuka puasa

Jeruk kunci diperah secukupnya. Tambahkan madu dan gula sesuai ikut selera anda. Masukkan biji selasih dan ais.

MINUMAN KE-3

minuman berbuka puasa

Cendol cincau guna kuah santan dan gula merah.

MINUMAN KE-4

minuman berbuka puasa

Kombinasi cincau dan pisang dipotong-potong. Tuang susu cair, kemudian tambahkan ais.

MINUMAN KE-5

minuman berbuka puasa

Potongan buah ikut selera, air gula dan sirap. Lalu tambahkan ais.

MINUMAN KE-6

minuman berbuka puasa

Alpukat mentega dan jelly plain dipotong-potong. Tuang susu cair dan sirup cocopandan, lalu tambahkan selasih dan ais.

MINUMAN KE-7

minuman berbuka puasa

Agar-agar masak seperti biasa, lalu dipotong-potong. Campur dengan buah longan atau rambutan, tambahkan air gula atau sirup. Kemudian, masukkn biji selasih dan ais.

MINUMAN KE-8

minuman berbuka puasa

Alpukat mentega dipotong-potong. Masukkan susu cair dan tambahkan ais.

MINUMAN KE-9

minuman berbuka puasa

Nenas dimasak dengan air gula. Tambahkan jelly yang dipotong bersama selasih dan ais.

MINUMAN KE-10

minuman berbuka puasa

Cincau dipotong halus, tambah nata de coco, selasih dan ais.

MINUMAN KE-11

minuman berbuka puasa

Kelapa muda (KW) campur potongan nenas yang dimasak dengan air gula. Kemudian, masukkan jelly melon dipotong kotak-kotak dan perahan jeruk nipis, selasih serta ais batu.

MINUMAN KE-12

minuman berbuka puasa

Nenas dimasak dengan gula, air dan daun pandan. Campur dengan rambutan atau longan, selasih dan ais.

Sumber: Facebook Azli Saimon via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (official)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×