Dapur

Betul Ke Makan Limau Mandarin Jadi Punca Batuk? Ahli Kimia Jelaskan & Ini Cara Mencucinya…

49
SHARES

Benarkah limau mandarin boleh buat diri mengalami batuk? Melalui perkongsian dari seorang Ahli Kimia, ChM Doktor Fatimah Salim, ia adalah benar. Hal ini kerana, limau mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).

Ia digunakan sebagai pengawet pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran. Namun, tidak perlu risau kerana kandungan bahan kimia tersebut adalah sedikit dan tidak melibihi dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.

Baca juga: Resepi Lamb Chop Perapan ‘Style’ Orang Turkey, Sesuai Perap Ayam Juga

BENARKAH LIMAU MANDARIN BIKIN BATUK?!

Gambar hiasan: Google.com.

Benar.

Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat.

Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.

SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.

ELAK MAKAN BUAH LIMAU SECARA BERLEBIHAN

Gambar hiasan: Hanna Kuprevich – Shutterstock.

Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan.

Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.

SO2 JUGA TERDAPAT PADA BUAH KERING, MINUMAN BERKARBONAT & BERALKOHOL

Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol.

Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif. Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.

CARA MENCUCI LIMAU MANDARIN

Gambar hiasan: Pexel.com.

Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.

Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.

SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)

Merendam seketika (10 minit) dengan air garam atau baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.

PERLU PERHATI & AMBIL TAHU TINDAK BALAS BADAN SENDIRI KEPADA PELBAGAI MAKANAN

Individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindak balas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan.

Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.

Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!

INI FAKTA MENARIK TENTANG BAHAN KIMIA SEMULA JADI DALAM LIMAU MANDARIN

Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:

1. Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik.

Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.

2. Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.

3. Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.

4. Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.

ChM Dr Fatimah Salim,

Ahli Kimia.

Sumber: Facebook Fatimah Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×