Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk menghasilkan perapan kambing yang sangat enak rasanya. Mungkin anda juga boleh cuba resepi dikongsikan oleh Puan Yana Owolabi yang membuat perapan menggunakan cara orang Turkey.
Kebiasaanya, dia menggunakan cara ini untuk memerap ayam. Tak disangka pula, apabila dicuba untuk membuat lamb chop dengan resepi ini, ternyata berjaya menambat hati suaminya. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Chick-Kwa Halal, Makanan Popular Semasa Perayaan Tahun Baharu Cina!
MAKAN TANPA CICAH KUAH ATAU SOS CILI, PUN SEDAP JUGA!
Salam semua. Saja nak share, semalam buat lamb chop tapi fries tak ada sebab lupa beli.
Husband cakap ini lamb chop tersedap saya buat yang dia pernah makan. Dia jenis jujur kalau tak sedap dia cakap tak sedap. Kalau sedap dia cakap sedap.
Duduk tempat orang ni kadang nak makan macam-macam terpaksa buat sendiri. Dari situ saya try and error.
Saya perap lamb ni ikut stail orang Turkey. First time try untuk kambing selalu guna untuk ayam saja. Sebenarnya ada satu ayam dekat restoran Turki yang saya selalu makan tu sedap, jadi saya cuba Google resepi dia untuk buat sendiri.
RESEPI LAMB CHOP PERAPAN STAIL ORANG TURKEY
BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN PERAPAN KAMBING:
- 1 sudu besar yogurt.
- 1 sudu kecil tomato paste (Ikut resepi asal tomato paste tu 1 sudu besar tapi saya tak suka rasa tomato tu kuat sangat).
- Oregano.
- Thymes.
- Serbuk paprika.
- Black pepper.
- Serbuk jintan.
- Garam.
1. Serbuk-serbuk tu saya main campak je ikut suka. Tak ada sukatan.
2. Kemudian perap 2-3 jam, nak lagi sedap perap lagi lama.
RESEPI KUAH BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
2 sudu marjerin.
Sebiji bawang besar.
2 sudu tepung gandum.
1 kiub ayam.
Serbuk black pepper.
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Bagi kuah black pepper pula, marjerin 2 sudu cairkan dalam periuk.
2. Lepas itu, bawang besar sebiji dihiris dan masukkan dalam periuk tu. Kacau sampai agak bawang dah layu.
3. Masukkan tepung gandum 2 sudu.
4. Lepas itu, masukkan air. Air itu agak-agak saja, nak cair banyakkan lah air kalau taknak cair sikit cukup.
5. Masukkan 1 kiub ayam.
6. Kemudian, masukkan serbuk black pepper ikut suka nak letak berapa banyak. Ikut nak pedas macam mana.
7. Sekiranya nak warna gelap, tambah kicap sedikit.
8. Lepas dah lama sedikit, masukkan semua dalam blender. Kisarkan semua dan curah balik dalam periuk.
Dah siapppp!
EDITED:
** Kalau perap ayam macam itu, masak dalam air fryer. Makan begitu saja pun sedap ya amat. Tak payah makan dengan kuah atau sos cili ke pun tak apa.
Sumber: Facebook Yana Owolabi