Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan oleh masyarakat Cina tidak lama lagi, penulis bawakan resepi snek daging kering yang popular semasa perayaan ini berlangsung yang dikenali sebagai chick-kwa.
Resepi chi-kwa versi halal ini telah dikongsikan oleh Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan yang menggunakan ayam sebagai pengganti. Menurutnya, chick-kwa mempunyai rasa kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan ditabur atas bubur atau nasi goreng. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Bakwan Viral, Rupanya Kena ‘Mandikan’ Bancuhan Baru Hasilnya Rangup!
CHICK-KWA VERSI HALAL, SEJENIS SNEK DAGING KERING
Dah nak Raya Cina, jadi saya buat makanan popular masa raya cina, tetapi versi halal. IKEA pun ada jual sekarang. Ia sejenis snek daging kering. Saya ganti dengan ayam.
RESEPI CHICK-KWA HALAL OLEH KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN
Isi ayam kisar. Beli dah siap kisar. Mana ada suami yang rajin nak buat isi ayam kisar sendiri, kan? Haha.
BAHAN-BAHAN:
- 300g isi ayam kisar.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 sudu besar serbuk smoked paprika /cili.
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar.
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis.
- 3 sudu besar sos merah @ kicap masin.
- 3 susu besar madu.
Bahan serbuk ni, kalau malas nak sediakan satu-satu, beli sahaja rempah pra-campuran “chinese 5 spices” di pasar raya. Mudah.
Cara masakan boleh lihat kapsyen pada setiap gambar. Harap-harap resepi #DapurKAN kali ini tak mencetuskan apa-apa perkara sensasi.
CARA-CARA MEMBUAT CHICK-KWA:
Campurkan rempah dan bawang putih pada ayam kisar. Gaul sebati.
Letak sos merah, atau kicap masin. Nak letak apa-apa perencah lain pun silakan. Resepi ni saya tak gunakan garam sebab sos dah masin.
OK ni sos merah ramuan rahsia! Padu benda ni!
BAHAN-BAHAN: (dapat 1 cawan sos)
- 4 sudu besar taucu manis (masin pun OK).
- 8 sudu besar gula Melaka.
- 2 sudu besar minyak bijan.
- ½ sudu kecil cili boh.
- ½ sudu kecil pes asam jawa.
- 2 sudu kecil tepung jagung.
Cara-cara penyediaan yang terperinci.
Masukkan madu dan gaul sebati lagi. Dah gaul banyak kali baru terfikir kenapa tak campur semua bahan, barulah gaul. Kan lebih jimat masa? Apadaaa…
Jadi macam ni. Peraplah beberapa jam. Semalaman pun boleh.
Lepas dah perap, ambil isi ayam, dan ratakan ke atas kertas minyak. Jangan tebal sangat, jangan nipis sangat. Saya dapat 2 set benda ni.
Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. Masak dengam suhu 170-200°C untuk 10-15 minit. Suhu dan masa masak ni sebenarnya ikut saiz dan ketebalan chi-kwa kalian.
Ini dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.
Ini minyak dan air yang terhasil.
Letak sikit sos merah dalam minyak tu. Gaul sebati.
Sapu rata campuran minyak dan sos merah pada chi-kwa. Kemudian masukkan semula dalam oven.
Masak lagi 10 minit. Keluarkan, terbalikkan chi-kwa, sapu lagi minyak sos merah. Masak lagi 10 minit. Ulang masak sampai chick-kwa jadi kering dan berkilat. Renyah sikit prosesnya. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.
Macam ini! Yang ni saya dah potong petak. Chick-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.