Dapur

Resepi Bakwan Viral, Rupanya Kena ‘Mandikan’ Bancuhan Baru Hasilnya Rangup!

113
SHARES

Bakwan atau lebih dikenali sebagai cucur sayur merupakan juadah ringan yang sedap dijamu ketika ia masih panas. Selain mempunyai tekstur yang rangup, bakwan juga kaya dengan pelbagai sayur-sayuran di dalamnya dan enak dimakan bersama sos pencicah.

Kebiasaannya, masyarakat memilih untuk menikmatinya di waktu sarapan pagi atau minum petang. Melalui perkongsian resepi dari Puan Siti Khajar, bancuhan bakwan perlu dileperkan di tepi kuali sebelum disiram dengan minyak di atasnya untuk menghasilkan bakwan yang rangup. Jom singkap!

Baca juga: Ini Resepi Buat Cendol Homemade, Ada 3 Cara Boleh Pilih Ikut Cita Rasa Anda!

IKUT TEKNIK GORENGAN INI BARU MENJADI BAKWAN RANGUP!

Bakwan rangup sarapan pagi tadi.

RESEPI BAKWAN RANGUP

BAHAN-BAHAN A:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu tepung beras.
  • 4 sudu tepung bestari pedas (optional).
  • 1/2 cawan udang geragau kering.
  • 1biji telur (optional). 
  • Sedikit garam.
  • Sedikit serbuk kunyit.

BAHAN-BAHAN B:

Lagi banyak sayur, lagi sedap.

  • 1 1/2 cawan carrot sagat.
  • 1 1/2 cawan tauge.
  • 1 1/2 cawan hirisan kobi.
  • 5 tangkai daun kucai.
  • 1 labu bawang besar hiris kasar.

CARA PENYEDIAANYA:

1. Bahan-bahan A bancuh dengan air ais. Agak-agak jangan pekat dan jangan cair.

2. Masukkan bahan-bahan B dan digaul rata. Goreng menggunakan minyak yang banyak.

TIPS MENGGORENG BAKWAN RANGUP:

1. Curahkan minyak yang dah panas di tepi kuali. 

2. Pastikan api sederhana, jangan terlalu besar.

3. Ambil satu senduk kecil adunan bakwan dan leperkan di tepi kuali.

4. Curahkan miyak di atas adunan tersebut kerana dengan sendirinya adunan akan menggelongsor ke dalam kuali.

RESEPI SOS PENCICAH

BAHAN-BAHAN A:

  • 2 biji lada merah.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 1/2 sudu gula pasir.

BAHAN-BAHAN B:

  • 4 sudu cili sos.
  • 4 sudu air panas.

1. Tumbuk lumat bahan-bahan A, sekiranya tidak lumat boleh saja ia ditapis.

2. Kemudian, campurkan dengan empat sudu cili sos dan empat sudu air panas.

Siap! Ia sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

 

Sumber: Facebook Siti Khajar via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×