Dapur

Penangan Tokti Buat CIRENG Garing & Lembut, 1 Malaysia Turut Terjebak! Ini Resipinya…

28
SHARES
resepi cireng

Dek penangan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin atau mesra disapa Tokti membuat cireng, habis satu Malaysia terpengaruh sama nak mencubanya. Disebabkan itu, penulis juga ingin berkongsi kepada pembaca SirapLimau resepi cireng yang merupakan makanan ringan popular orang Sunda.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Nija Lim setelah dia mencubanya lebih dari lima kali! Malahan, Nija Lim juga berkongsi tips untuk cireng tidak diserap minyak dan tidak melekat pada kuali. Jom ikuti resipi cireng di bawah!

Baca juga: Resepi AYAM GUNTING Homemade, Rupanya Kena Guna Tepung Ini Baru Lah Jadi!

RESEPI CIRENG

resepi cireng

Terpengaruh dengan Tokti. Terliur sangat! Setiap minggu gian nak ulang makan CIRENG.

Rangup di luar, liat-liat lembut di dalam. Rasa bawang putih yang sedap. Cicah pula dengan sambal kicap petis. Marvelous!

Resipi langkah-langkah ada di setiap gambar. Insya Allah, menjadi. Resipi ini telah dieksperimen, ditambah ditolak dan ditapis lebih dari lima kali. Selamat mencuba.

Baca juga: Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung ubi kayu
  • 2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit seasoning
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sedikit daun bawang

Langkah-langkah:

resepi cireng

  1. Mula-mula, cincang bawang putih dan hiris halus daun bawang.
  2. Masukkan air ke dalam tepung ubi di dalam kuali dan kacau sebati tanpa buka api.
  3. Kemudian, buka api sederhana dan kacau tepung sampai bergumpal jernih.
  4. Setelah itu, pindahkan ia ke luar ke dalam bekas lain dan tambahkan sedikit tepung ubi kayu.
  5. Uli-uli sedikit sampai bersalut tepung. Makin lama, rupa adunan akan bertukar sedikit putih.
  6. Seterusnya, carik-carik adunan ikut saiz dan bentuk yang anda mahukan.
  7. Selepas itu, tekan-tekan adunan yang dicarik dengan lebihan serbuk tepung ubi kayu yang ada supaya ia tak melekat.
  8. Bila dah sudah, boleh lah goreng dengan minyak yang banyak dan cukup panas.
  9. Dah garing di bahagian bawah, baru terbalikkan.
  10. Apabila ia kelihatan cukup garing, kekuningan dan kembung-kembung baru boleh diangkat. Kena betul-betul garing, kalau tak ia akan melekat dan serap minyak.

Baca juga: Ini RAHSIA Peniaga Masak Nasi Lemak Dengan Cepat Di Waktu Pagi, Baru Tak Kalut!

RESIPI SAMBAL KICAP PETIS

Bahan-bahan & cara penyediaan:

resepi cireng

  • Gula gerek
  • Kicap manis
  • Garam
  • Petis udang
  • Cili kisar
  • Air sedikit
  1. Masak bahan-bahan tersebut dengan mengacaunya sehingga ia sedikit pekat.
  2. Kemudian, rasa sambal kicap petis mengikut kesesuaian sendiri seperti rasa manis kepedasan.

Baca juga: Resepi Tradisional Kuih LOPES Balutan Daun Pisang & Video Potong Guna Benang Je!

Sumber: Nija Lim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Nija Lim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×