Dapur

Resipi CUCUR Kentang Istimewa Letak Ikan Tenggiri Ganti Ikan Bilis, Lebih Umami!

4
SHARES
resepi cucur kentang

Cucur ikan bilis dan cucur udang merupakan antara resepi cucur popular yang sering disajikan sebagai pelengkap hidangan minum petang. Kalau anda nak tahu, ada lagi idea cucur yang boleh disediakan selain itu seperti resepi cucur kentang.

Istimewanya resepi cucur kentang ini tidak menggunakan ikan bilis tetapi ia digantikan dengan ikan tenggiri. Sudah pasti, rasanya lain daripada yang lain dan dapat membangkitkan rasa masin-masin cucur. Apa tunggu lagi, jom cuba ikut resipi cucur kentang dari Puan Nana Sabrina Sarsan.

Baca juga: RAHSIA Kacang Tanah Tahan Lama & Tak Cepat Busuk, Kena Rebus & Simpan Macam Ini!

RESEPI CUCUR KENTANG

resepi cucur kentang

Hai semua, hari ini saya buat cucur kentang. Saya dapat ilham dari seorang kawan di Instagram tapi saya ubah sedikit resipinya. Nampak tak kentang itu terjojol-jojol, bahan-bahan mudah saja tak leceh pun hanya guna bahan-bahan apa yang ada dekat rumah saja. Paling pasti rasanya sangat sedap!

Resipi Cucur Kentang

resepi cucur kentang

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang potong dadu tak perlu rebus
  • Ikan bilis (resepi asal guna ikan bilis tapi saya tukar dengan isi ikan tenggiri dipotong dadu)
  • Kacang panjang hiris (tak letak pun boleh)
  • Daun sup hiris
  • Daun bawang hiris
  • Lobak hiris memanjang (tak letak pun boleh)
  • Cili merah hiris (saya tak letak)
  • 1 biji bawang holand atau bawang merah potong dadu
  • Bahan perasa
  • 1/2 gelas air sejuk peti ais
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 3 sudu makan tepung gandum

Baca juga: Resepi Sambal Telur Pecah Lejen, Rupanya Kena Buat Cara INI Baru Menjadi!

Cara penyediaan:

resepi cucur kentang

  1. Campur semua bahan-bahan dan pastikan tekstur sama macam dalam gambar ya.
  2. Resipi ini tak banyak guna air dan tepung, tepung cukup setakat menyaluti kentang saja.
  3. Kemudian, boleh lah goreng hingga warna keperangan coklat.

Siap, boleh makan cicah dengan sos!

*Saya guna ikan tenggiri sebab saya nak bagi anak saya makan sebab itu saya tak letak cili merah dan ikan bilis. Ikan bilis kan keras sikit tapi kalau nak letak serbuk ikan bilis pun boleh. Paling penting anak saya suka makan.

Baca juga: Petua Hebat Mengenai Dunia Dapur Yang Jarang Didengari, Wanita WAJIB Tahu!

Sumber: Nana Sabrina Sarsan via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×