Dapur

Resepi Inti Ikan & Kulit Karipap, Air Tangan Orang Kampung Padu!

19
SHARES

Karipap merupakan kuih tradisional yang sangat terkenal yang dinikmati bersama oleh pelbagai kaum masyarakat di Malaysia. Tambahan pula, kuih ini amat enak dimakan terus selepas digoreng di dalam minyak yang panas bersama minuman panas di kala sarapan pagi mahupun minum petang.

Kebiasaannya, di dalam karipap mempunyai pelbagai pilihan inti mengikut selera yang anda inginkan. Sama ada inti ayam, kentang mahupun sardin. Justeru itu, kali ini penulis bawakan resepi inti ikan bersama kulit karipap yang dikongsikan oleh Puan Fareeza Lieza.

Baca juga: Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet, Buat Sendiri Lebih Nikmat!

RESEPI AIR TANGAN EMAK JARANG TAK JADI & TAK SEDAP!

Di kampung sis, karipap inti ikan yang famous. Biarlah hidup jauh dari kampung tapi tetap buat makanan kegemaran. Karipap mesti semua orang dah biasa buat cuma sis kongsikan cara buat inti ikan cara arwah mak sis.

RESEPI KARIPAP INTI IKAN!

BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN:

  • 1 kilo ikan sardin (dekat kampung sis panggil ikan selayang).

1. Ikan direbus dengan asam keping dan garam.

2. Dah sejuk, perisikan dan tumbuk.

  • 4 ulas bawang merah tumbuk/hiris.
  • 1 inci halia ditumbuk/hiris halus.
  • 1 sudu teh halba.
  • 1 cawan santan pekat/250ml.
  • 3 biji kentang dipotong dadu.

3. Masukkan dalam kuali semua bahan.

4. Perasakan garam atau gula ikut selera masing-masing tapi arwah mak sis suka inti manis sikit.

5. Masak sampai kentang empuk.

6. Jangan masak terlalu kering ye.

Dah boleh buat karipap resepi kulit sis dah pernah kongsi di group ni.

Edit:- Kalau nak frozen sis masuk oven 160° 8-10 minit, ikut oven masing-masing.

RESEPI KULIT KARIPAP!

BAHAN-BAHAN:

Karipap semua orang biasa buat kan? Sis buat juga karipap inti kentang atau ayam. Sini sis nak kongsi cara buat kulit karipap.

Resepi arwah mak sis dulu meniaga karipap tapi dekat kampung sis famous karipap inti ikan.

BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN:

  • 500 gm tepung gandum.
  • 2 sb gula.
  • 1/2 sk garam.
  • 1/4 cawan minyak panas.

1. Satukan semua bahan di atas lepas tu masukkan

  • 2 sb marjerin.
  • 1 cawan air (sis guna air dari peti sejuk).

2. Air masuk sikit-sikit.

3. Uli sampai doh lembut.

4. Perap sekejap dalam 30 minit barulah boleh canai.

Tapi arwah mak sis ada rahsia katanya nak rangupkn kulit karipap dia masukkan,

  • 1 sb cuka makan.

Cubalah. Resepi inti ikutlah yang biasa sahabat-sahabt buat.

Sumber: Facebook Fareeza Lieza via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×