Dapur

Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet, Buat Sendiri Lebih Nikmat!

35
SHARES

Kepada anda yang menggemari hidangan nasi ayam penyet, kini anda boleh cuba sendiri membuatnya di rumah. Sudah ada resepi apa salahnya cuba dan memang sangat mudah! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Salmah Haji Ijam.

Info menarik buat anda, hidangan ini merupakan masakan Indonesia yang sangat popular di Malaysia sehingga menjadi kegemaran ramai. Sudah nama pun negara serumpun, tidak banyak dan sedikit budaya makanan di negara mereka begitu mudah diterima oleh lidah orang kita.

Baca juga: Resepi Sizzling Spaghetti Buttermilk & Popcorn Chicken, Hidang Guna Hot Plate

NASI AYAM PENYET BILA BUAT SENDIRI RASANYA LEBIH NIKMAT!

Nasi Ayam Penyet. Alhamdulillah rezeki bersama keluarga dihujung minggu. Jom! Pakat masak-masak.

RESEPI NASI AYAM PENYET LENGKAP!

1. RESEPI SAMBAL PENYET

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar 1 labu.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • Cabai  merah 4 biji.
  • Cabai Melaka hijau 20 biji.
  • Tomato 3 biji.
  • Belacan sikit (nak masukkan ikan bilis pun boleh).
  • Cili ikut pedas kita nak.

CARA MEMASAK:

1. Goreng bahan-bahan sambal penyet dan masak hingga layu.

2. Toskan dan biar.

3. Kemudian blander atau tumbuk. Saya blander.

4. Akhir sekali masukkan perasa sesedap rasa (saya bubuh garam dan gula sahaja).

2. RESEPI AYAM GORENG PENYET

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum 4 sudu.
  • Tepung jagung 4 sudu.
  • Kunyit dan rempah kari daging sedikit.
  • Ayam saya minta belah 4 atau minta bahagian peha.

CARA MEMASAK:

1. Gaul-gaulkan ayam sehingga sebati.

2. Goreng dalam minyak yang panas.

3. TEMPE & ULAM-ULAMAN

BAHAN & CARA:

1. Sedikan tempe.

2. Potong dan goreng garing.

3. Sediakan kacang panjang dan sayur kobis sebagai daun ulam.

Selamat mencuba. Sesekali masak sendiri. Jimat pun jimat.

#nasiayampenyet #mummysalkitchen #ilovemyfamily

Sumber: Facebook Salmah Haji Ijam via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×