Dapur

Resepi Aneka Organ Dalaman Lembu Yang Unik, Macam-Macam Ada!

4
SHARES
resepi organ dalaman lembu

Selain bahagian daging, organ dalaman lembu yang mempunyai pelbagai jenis juga mempunyai peminatnya tersendiri. Justeru itu, terdapat aneka resepi organ dalaman lembu yang ingin penulis kongsikan kepada para pembaca.

Antaranya adalah lidah, babat atau perut dan hati. Tak lupa juga tulang rusuk dan bahagian kaki lembu. Jom lihat resipi di bawah!

Baca juga: Ini Tips Cuci Perut Lembu Hingga Bersih, Baru Berselera Nak Makan!

RESEPI ORGAN DALAMAN LEMBU

resepi organ dalaman lembu

Gambar: jcomp

1. Sup Power Tulang Rusuk Campur Lidah

Cikgu lupa sendukkan atau buat video warna sup ini. Bukan jernih atau rasa ringan ya. Sebab cikgu jadikan sup nih rasa berempah yang power. Memang syok sangat menghirup.

Sukatan untuk 1kg tulang campur seketul lidah.

BAHAN A (dikisar):

  • 4 biji bawang merah saiz syiling 20sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang holland
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

BAHAN LAIN:

  • Sepaket kecil rempah sup Baba’s
  • 2 paket rempah sup bunjut
  • Akar daun sup
  • Jag besar air (ikut kesesuaian perencah)
  • Garam & perencah Hilal

BAHAN TABURAN:

  • Daun sup & bawang goreng
  • Cili api merah & hijau
  • Tomato (pilihan)
  • Asam limau nipis

Gambar kiri merupakan akar daun sup, manakala kanan adalah lidah lembu yang dihiris nipis.

  1. Tumis bahan A hingga sedikit kekuningan dengan sedikit minyak.
  2. Campurkan dengan sepaket kecil rempah sup Baba’s dan kacau sehingga sedikit garing.
  3. Kemudian, masukkan dua pek rempah sup bunjut.
  4. Seterusnya masukkan pula 1-2 akar daun sup yang dibasuh bersih.
  5. Kacau lagi sehingga pes wangi ya.
  6. Cikgu lupa nak sukat air banyak mana. Agak-agak satu jag besar kira agak padan dengan pes tadi okay.
  7. Setelah itu, masukkan tulang rusuk sekilo dulu.
  8. Masukkan garam dan perencah Hilal siap-siap. Tiada perencah jenama tu boleh guna mana-mana jenama. Garam tu padan dengan kuah ya.
  9. Selepas isi tulang rusuk mula empuk, bolehlah masukkan lidah lembu yang dihiris nipis. Proses bersihkan lidah lembu adalah basuh bersih dan buang lapisan putih yang bergerigi. Kemudian, rebus sedikit masak dan baru hiris nipis.
  10. Biarkan sup mendidih dalam api perlahan. Bolehlah perasakan garam yang kurang.
  11. Sebelum tutup api boleh je nak tabur sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng untuk baunya naik. Selebihnya tabur masa nak makan.
  12. Nak makan baru masukkan bahan taburan di atas. Masa ini baru kick perahan asam limau nipis.

Sup yang sedang mendidih.

Sumber: Afy AL Habibi

2. Babat/Perut Lembu Tumis Kari

BAHAN UTAMA:

  • Perut lembu atau babat yang telah direbus empuk

BAHAN A (dihiris halus):

  • 1 batang serai diketuk
  • 4 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 5-6 tangkai cili
  • 2-3 tangkai lada besar
  • 2 inci halia

BAHAN-BAHAN LAIN:

  1. Tumis serai.
  2. Masukkan semua bahan A. Tumis hingga naik bau dan sedikit layu.
  3. Masukkan babat yang dah dihiris kecil.
  4. Masukkan serbuk kari dan kacau rata sekejap.
  5. Masukkan air paras babat. Babat dah empuk, hanya nak dapatkan sedikit kuah.
  6. Letak garam dan gula secukupnya. Asam keping sekali. Biarkan kuah sedikit pekat.
  7. Last sekali saya letak lagi hirisan bawang dan lada untuk aroma tambahan. Gaul sekejap, siap. Tutup api.

Sumber: Mizah Ngatiman via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Baca juga: Ini 3 Cara Buang Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Terbuka Selera Nak Makan!

3. Sup Kaki Lembu

BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang kaki lembu
  • 1-2 inci halia
  • Garam
  • Daun sup
  • 2-3 tangkai cili padi
  • 1 biji limau nipis
  • Bawang goreng

BAHAN-BAHAN TUMIS:

  • 1 sup bunjut
  • 1 sudu besar serbuk rempah sup
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • Kulit kayu manis & bunga lawang
  1. Bakar kaki lembu sehingga kulitnya tertanggal dan bulu di kulit hangus. Kikis sehingga hilang kesan hangus.
  2. Rebus kaki tadi bersama tulang kaki lembu yang lain. Masukkan halia yang dihiris kasar dan rebus sehingga tulang empuk. Saya guna pressure cooker dalam 45 minit.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian dituang ke dalam kuah rebusan tulang kaki tadi.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng. Ketika dihidangkan, tabur cili padi dan perah limau nipis. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Bob Kelanang via Resepi Mama Ria

4. Hati Lembu Masak Kicap Jintan

Resipi ini, selain dari hati lembu…hati ayam pun boleh, daging, ayam, limpa dan paru.

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 btg serai
  • 1 sb biji ketumbar
  • 1 st jintan putih
  • 1 st jintan manis

BAHAN LAIN:

  • 500g hati lembu
  • 3 ulas bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 3 sb cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • sedikit gula melaka kalau suka
  • kicap secukupnya
  • kerisek secukupnya (saya letak 3 sudu besar)
  • asam keping
  1. Tumis bawang hiris, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cili kisar.
  2. Apabila dah garing, masukkan bahan kisar dan hati.
  3. Dah hampir kering, masukkan asam keping, kerisek dan kicap secukupnya.
  4. Jangan lupa masukkan hirisan bawang besar dan cili.
  5. Kalau suka boleh letak sikit gula melaka.
  6. Garam saya tak letak dah sebab kicap pun dah cukup.

Sumber: Jamilah Nordin via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Baca juga: 10 Resipi Rendang Pelbagai Aneka Yang Boleh Cuba Masa Raya Nanti, Baru Meriah Atas Meja!

Ft image: azerbaijan_stockers / dashu83 / stockking

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×