Dapur

Resepi Stir Fry Beef, Daging Lembut Macam Wagyu 3 Minit Masak Je Dah Siap!

27
SHARES

Tak semua orang rajin memasak hidangan Stir Fry Beef mungkin kerana ia menggunakan daging dan tidak ramai yang mahir mengendalikan daging untuk memastikan ia tidak liat.

Disebabkan itu, anda tidak perlu risau kerana saudara Wan Luqman telah berkongsi cara untuk melembutkan daging dengan mudah selain resepi Stir Fry Beef yang dimasak kurnag dari 5 minit. Lembutnya itu, sama taraf lah dengan daging wagyu. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Bergedil Daging Versi Rendah Karbo/Keto, Dulu Berat 130Kg Kini 65Kg!

IKUT CITA RASA NAK KERING ATAU BERKUAH SEDIKIT PUN BOLEH!

Ini yang buat untuk tetamu haritu. Kering-kering lembap. Sedap! So save your money rather than spend berbelas ringgit untuk makan hidangan ni, buat sendiri. Boleh makan hari-hari.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ingat lagi tak menu yang kander share untuk tetamu haritu? Salah satu dari tu adalah Stir Fry Beef. Very simple recipe. Tak sampai 2-3 minit masak dah siap. Cepat, pantas, tak renyah dan sedap.

Jadi harini kander share lah siap dengan teknik melembutkan daging yang disimpan lama dalam diri ini. Hehe

TEKNIK MELEMBUTKAN DAGING

Kalau pergi kedai Chinese Muslim food, kalau korang perasan daging dia lembut chewy sedap lain macam kan? Takkanlah diorang nak guna daging batang pinang. Ini lah teknik yang digunakan.

Ini 1kg daging yang telah dihiris-hiris nipis. Kemudian perap dengan 1sb baking soda / natrium bikarbonat. Masukkan air sekali ye.

Perap sekejap je dalam 30min. Lepas tu bilas bersih-bersih. Kalau tak bersih nanti korang akan rasa macam sedikit bersoda.

Daging yang lepas guna teknik ni, chuck tender, brass knuckle, rump steak. Guna chuck tender tu pun dah lembut serupa wagyu, kalau guna daging tenderloin yang dah memang lembut, silap-silap jadi cair macam waklu miyazaki A5 kot? Haha.

Teknik ni juga boleh apply untuk kambing. Kalau kambing Australia dia liat-liat sikit berbanding kambing New Zealand. Tapi market sekarang susah nak dapat lamb part from New Zealand.

Daging yang dah dibilas tu korang celur la dalam air panas yang mendidih. Membantu untuk menghilangkan lagi kesan-kesan baking soda kut ada.

Lagipun untuk mempercepatkan proses memasak dan untuk elakkan hidangan korang berair waktu sedang dimasak.

RESEPI STIR FRY BEEF DIMASAK CEPAT & TAK RENYAH!

Korang boleh guna salah satu dari 2 benda ni. Tapi pengalaman kander, soda kue tu adalah natrium bikarbonat lebih power.

BAHAN-BAHAN:

  • Daging
  • Baking Soda / Natrium Bikarbonat
  • 2sb Sos Tiram
  • 1sb kicap cair
  • 2sb kicap manis (boleh ganti dengan gula)
  • Capsicum (wajib)

Dan boleh ditambahkan sayur lain seperti carrot, bunga kobis dan sebagainya. But simple are better.

CARA PENYEDIAANNYA:

Tumis 2-3 ulas bawang putih. Kemudian, masukkan daging. 

Masukkan sos tiram dan kicap cair serta kicap manis.

Dilarang guna kicap kipas udang sebab kicap tu bila dimasak nanti akan memberi rasa masin. Lebih sedap guna kicap abcdefg tu.

Masukkan capsicum dan bawang. Ada orang tak suka makan benda alah ni. Tapi hasil dari bau dan rasa capsicum ni lah yang membuatkan hidangan korang rasa dan berbau eksklusif.

Kander masuk lah dihujung waktu sebab nak bagi dua benda tu kekal rangup. 

Kacau-kacau, dah siap. Oh ya sebenarnya stir fry ni kering-kering lembap, tapi anak dan isteri request nak berkuah sikit. Maka taruklah sedikit air. 

Nampak tak ada kuah sikit tu. Biasalah orang rumah orang utara, tak boleh makan kering-kering depa tak buleh telan. Nasi ayam pun orang rumah kander banjirkan dengan sup. Haha tak apalah selera masing-masing.

Aku pernah buat lunchpack nasi daging harimau menangis dekat Taiping. Semua customer komplen tak boleh nak telan pasai nasi kering takda kuah.

Padahal ade je sos dia. Tak buleh, depa nak ada sup / kuah nak kasi banjir haha. Ini based on pengalaman dan pengetahuan untuk aku di situ ye

Tips kalau nak kurus kekal slim, kurangkanlah makan nasi kuah banjir-banjir macam nasi kandar. Sedap memang sedap, tapi jangan selalu.  

Doakan semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dan support Soho Sandwich pun ok dah. Eh drama pulak pagi-pagi haha.

Sumber: Facebook Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×