Dapur

Ini 3 Jenis Pilihan Terbaik Garam Boleh Guna, Elak Garam Putih ‘Table Salt’

14
SHARES

Segala jenis garam apa pun yang anda guna, gunakan secara berpada. Malah, lebih baik elakkan dari meletakkan garam putih table salt di dalam hidangan.

Menurut Puan Mazliana Mazlan, terdapat tiga jenis garam yang merupakan antara pilihan yang terbaik boleh digunakan. Tiga jenis garam tersebut adalah garam himalaya, garam laut jenis celtic sea salt dan garam mata air. Jom lihat sebabnya di bawah.

Baca juga: Resepi Chilli Crab, Menu Ala T20 Yang Boleh Dimasak Sendiri

CERITA TENTANG GARAM…

Cerita tentang garam pulak hari ini. Garam apa pun kita guna, berpada. Yang paling penting;

  • Garam lebih baik dari gula.
  • Garam lebih baik dari perasa sedap rasa aji.
  • Garam lebih dari kiub ayam.
  • Garam lebih baik dari kicap dan sos tiram.
  • Garam lebih baik dari makanan ultra proses yang tinggi garam putih table salt.

Elakkan semua ni semampu mungkin. Yang mana, biasanya kita ambil, 10 kali ganda banyak dari amount garam, yang tak sampai 3 sudu besar pun sehari.

INFO GARAM

Kita masak hari-hari guna garam. Elak garam putih table salt kerana garam paling tinggi diproses yang hilang khasiat mineral yang diperlukan oleh badan.

Terlalu banyak aditif dalam garam putih table salt. Elakkan beli dan guna di rumah.

3 JENIS GARAM ANTARA PILIHAN YANG TERBAIK

Antara pilihan garam yang baik:

1. GARAM HIMALAYA

Saya banyak guna yang ini di rumah. Tinggi khasiat dan mineral yang masih terpelihara, susah juga nak cari tanpa iodin. Ada yang kata, kandungan heavy metals dalam garam warna pink macam ini.

Gambar hiasan: Google.com.

2. GARAM LAUT

 Garam laut pun boleh, tapi bukan garam laut table salt. Isu pencemaran laut dan microplastic pun boleh jadi garam laut bukan pilihan yang baik juga. Cari Celtic Sea Salt, pilihan yang okay sikit.

Gambar hiasan: Google.com.

3. GARAM MATA AIR

Boleh guna garam yang ini, kalau taknak guna garam Himalaya atau garam laut. Bukan dari gunung atau bukit, bukan jua dari laut. Garam dari mata air, tinggi dengan khasiat dan mineral. Tak ada peluntur, tak ada iodin antara pilihan yang baik.

Gambar hiasan: Google.com.

KENA BERINGAT…

Apa pun kita ambil kena berpada. Dalam beras pun ada heavy metals semulajadi dari tanah, tapi kita makan nasi hari-hari juga. 

Mencari pilihan yang lebih baik itu perjuangan kita bersama. Garam kita ambil kuantiti yang sangat sedikit, tak sampai 3 sudu besar pun sehari.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×