Dapur

Resepi Chilli Crab, Menu Ala T20 Yang Boleh Dimasak Sendiri

34
SHARES

Chilli Crab merupakan menu yang terdapat di restoran-restoran tertentu dengan harga yang agak mahal. Sekiranya anda pencinta ketam dan ingin menikmati menu ini, apa kata anda masaknya di rumah.

Boleh lihat perkongsian resepi chilli crab di bawah dari saudara Wan Luqman. Boleh saja menikmatinya dengan kuantiti yang banyak tanpa membayar mahal-mahal di restoran. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Aiskrim Soda Sakura Viral, Warna-Warni Seperti Pelangi

CHILLI CRAB, SI MENU HARGA KAYANGAN

Ini kalau ada mantao lagi sedap cicah-cicah.

Semalam orang rumah dah tolong balut dan packing cili oil untuk pos pagi ni, jadi dah janji dia upah dengan chilli crab hari ini.

Rasa pernah makan 3-4 kali je kot cili crab, sebab menu ni mahal dan dekat restoran-restoran tertentu saja ada jual. Ini ketam yang aku dapat murah bulan lepas haritu, simpan beku dan baru hari ini masak.

Ketam ni tak elok simpan lama-lama nanti isi dia rosak. Boleh saja nak guna ketam bunga, tapi ketam nipah lebih sedap.

RESEPI CHILLI CRAB

BAHAN-BAHAN PES:

Bahan-bahan untuk ditumis.

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Cili merah & cili padi
  • Taucu manis (optional)

CARA-CARANYA:

Ketam saiz L 3 ekor ni Rm12. Murah gila!

Kukus je ketam ni. Ada resepi goreng dulu, tapi aku malas sebab taknak rumah berbau. Periuk ni periuk yang sama dalam posting mee wantan semalam.

Periuk ni boleh kukus, stim, goreng dan rebus. Dia tinggi, jadi boleh deep fry. Cuma aku tak pernah try lagi la deep fry.

Ketam dah dikukus. Warna merah ni memang menawan.

Kisar bahan-bahan di atas dan masukkan sedikit taucu manis.

Lepas blend, terus tumis. Tumis sampai garing. Kalau malas buat ni, boleh je cari pes segera untuk cili crab. Ada jual dekat pasaraya.

Masukkan sos tiram 2sb.

2sb tomato puree. Better use tomato puree duchef, darker and flavorful.

2sb cili sos.

Masukkan air kemudian masukkan sedikit kicap cair. Masa ni perasakan la dengan garam, gula dan serbuk perasa.

Masukkan ketam. Lepas pada ni boleh je kalau nak pecahkan telur terus.

Reneh dalam 10 minit.

Alihkan semua ketam, pecahkan sebijik telur. Kalau taknak alih pun tak apa, tapi sebab aku taknak ketam aku patah-patah kaki, alih lah dulu. Maklumlah ketam dah tak fresh hehehe.

Dah siap menu kayangan bangsawan kita.

Sumber: Facebook Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×