Dapur

Ini 3 Cara Buang Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Terbuka Selera Nak Makan!

28
SHARES
buang bau hamis daging

Tidak semua orang menggemari makan daging kambing oleh kerana terdapat bau hamis pada daging tersebut. Namun, anda mungkin tidak akan menolaknya lagi selepas ini, jika tahu cara buang bau hamis daging kambing yang betul.

Kaedah-kaedah yang digunakan di bawah ini amatlah mudah. Teknik ini boleh digunakan untuk masak pelbagai menu daging kambing seperti masak gulai, kari atau bakar. Jom cuba!

Baca juga: Tips Masak Nasi Guna Beras Ini, Hasilnya Lembut, Cantik Berderai & Sekata Masaknya!

BUANG BAU HAMIS DAGING KAMBING BEGINI CARANYA!

buang bau hamis daging

1. PERAP DAGING

Sekiranya anda ingin buat daging bakar, elakkan terus membakarnya begitu sahaja. Buat langkah-langkah ini:

  • Daging perlu diperap paling kurang 1 jam lamanya.
  • Perapan mesti ada lada hitam, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk cili dan minyak zaitun.

Kalau nak tahu, gabungan kesemua bahan ini akan menenggelamkan bau hamis kambing. Ia juga akan membuatkan daging lebih sedap dan ada rasa.

buang bau hamis daging

Gambar: Resepi Chef

Namun, jika anda ingin buat menu kari,

  • Gaulkan dahulu dengan serbuk kari dan sedikit garam sebelum daging dimasak.

2. TEPUNG

Daging apabila dah dibasuh bersih, jangan lupa salutkan ia dengan tepung. Dah buat langkah di bawah ini barulah ia boleh masak macam biasa.

  • Biarkan ia lebih kurang 20 minit.
  • Kemudian, basuh bersih daging kambing.
buang bau hamis daging

Gambar: Khairul Hakimin

Penggunaan tepung pada daging kambing akan menyebabkan bau hamis itu diserap.

3. JUS LEMON

Jus lemon banyak digunakan dalam masakan sebagai bahan yang boleh memberi bau yang segar. Kalau ada lebihan lemon dekat dapur bolehlah guna, selepas daging tadi disalut tepung. Caranya begini:

  • Perahkan jus lemon dekat daging kambing.
  • Biarkan ia paling kurang 20 minit.

Hasilnya, bau hamis akan betul-betul hilang kerana telah digantikan dengan bau jus lemon yang segar itu. Tapi, nak letak air perahan lemon terus tanpa tepung pun boleh.

buang bau hamis daging

Gambar: Hipwee

Tambahan info, anda boleh guna limau kasturi juga dan lebih baik tidak menggunakan limau nipis. Hal ini kerana limau nipis mempunyai rasa yang lebih tajam berbanding limau kasturi dan buah lemon.

Okay, sekarang ini anda dah tahu cara nak buang bau hamis daging kambing kan? Jadi tak ada alasan lagi takut nak makan. Selamat mencuba!

Sumber: Sinaran Wanita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×