Dapur

Tips Masak Nasi Guna Beras Ini, Hasilnya Lembut, Cantik Berderai & Sekata Masaknya!

37
SHARES
tips masak nasi

Apabila suruh masak nasi bunyi macam senang, bukan? Tapi kalau anda tidak tahu caranya nasi boleh jadi lembik macam bubur dan keras macam kerak. Oleh itu, penulis ingin kongsikan tips masak nasi supaya hasilnya sedap untuk disuap ke mulut.

Tips ini dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain. Menurutnya, kalau nak dapat hasil nasi yang lembut, berderai dan masak sekata dari jenama basmathi ini kenalah buat langkah-langkah seperti di bawah.

Baca juga: Resepi Mudah Biskut Sampan Crunchy, Bila Gigit Rasa Rangup & ‘Confirm Repeat’ Makan!

TIPS MASAK NASI CANTIK BERDERAI & LEMBUT

tips masak nasi

Saja nak kongsi yang dah tahu abaikan sahaja ye. Kalau masak nasi guna beras basmathi, tips akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata adalah:

1. Basuh beras sehingga bersih.

2. Kemudian rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit (petua ini saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).

3. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yan korang nak masak.

  • Untuk memasak akak didihkan dulu air baru masukkan beras.
  • Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.
  • Bila mewarnakan nasi, korang tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau
  • Nasi nasi yang akak masak untuk tempahan, last sekali akak akan letak dua sudu butter (cara akak ye).

Sumber: Facebook Faizah Md Zain via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×