Dapur

Resepi Mudah Biskut Sampan Crunchy, Bila Gigit Rasa Rangup & ‘Confirm Repeat’ Makan!

26
SHARES
resepi biskut raya

Biskut sampan crunchy adalah antara resepi biskut raya yang mudah prosesnya. Dari uli doh dan masukkan bahan inti ke dalamnya hinggalah dibakar ke dalam ketuhar. Tidak sukar rupanya!

Malah, anda juga boleh ubah suhu ketuhar mengikut standard rangup yang diinginkan. Jadi, jom cuba buat resepi biskut sampan crunchy yang telah mendapat 1.8K perkongsian ini dari Puan Scha.

Baca juga: Resepi ‘Hot & Sour Soup’ Penyegar Tekak Semasa Cuaca Panas, Siap Ada Black Fungus!

RESEPI BISKUT RAYA: SAMPAN CRUNCHY

resepi biskut raya

Saya hanya nak berkongsi resepi biskut sampan yang saya pernah post sebelum ini, ada yang bertanyakan resepi. Resepi pun senang boleh buat kudap-kudap dekat rumah.

A. BAHAN BASE BAWAH:

  • 250g butter sejuk
  • 100g gula aising
  • 1 biji telur ( saya skip tak guna telur)
  • 20g is susu tepung
  • 120g tepung jagung
  • 350g tepung gandum

CARA-CARANYA:

  1. Pukul butter dengan gula aising hingga sebati.
  2. Masukkan susu tepung dengan tepung jagung dan uli sekejap.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sampai adunan menjadi doh lembut tak melekat dekat tangan.
  4. Ambil doh bentukkan dekat acuan dan kemaskan.

B. BAHAN-BAHAN INTI:

  • 80g Cornflakes (kisar kasar)
  • 50g Mix fruit
  • 30g Ceri merah
  • 30g Ceri hijau
  • 60g Almond nibs
  • 80g Dessicated coconut (kelapa kering)
  • Susu pekat 4 sudu besar (untuk melekatkan inti)

CARA-CARANYA:

  1. Gaul semua bahan dan sudukan inti dalam doh yang dah dibentukkan.
  2. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 160, 25 minit atau ikut suhu oven masing-masing sampai masak. Saya suka bagi garing-garing sikit untuk lebih crunchy.

 

Doakan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan saya dengan anda semua, Aamin. Selamat mencuba!

Sumber: Scha via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×