Dapur

Resepi Cookies Ala Famous Amos Yang Mudah, Sedap & Menjimatkan!

1.6K
SHARES
cookies ala famous amos

Aroma biskut coklat chip Famous Amos yang mengiurkan memang akan membuka selera sesiapa sahaja. Maka, tidak hairan jika harganya agak mahal yang seiring dengan kualitinya. Disebabkan itu, penulis ingin kongsikan resepi cookies ala famous amos untuk anda sediakan sendiri di rumah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mastini. Katanya resepi ala Famous Amos ini sangat mudah untuk dibuat, gerenti sedap dan puas hati. Jom baca!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Tips & Review Lauk Frozen, Jimat Masa!

COOKIES ALA FAMOUS AMOS

cookies ala famous amos

Resepi Famous Amos Simple! Confirm jadi.

RESEPI FAMOUS AMOS

BAHAN A

  • 250 gm Butter
  • 1 1/4 cawan teh -brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur

BAHAN B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak

BAHAN TAMBAHAN:

  • 2 cawan cip coklat
  • almond flakes

cookies ala famous amos

1. Kacau rata bahan A guna senduk. Jangan guna mixer. Pakai spatula atau senduk sahaja pun dah cukup.

Tujuan nak bagi bahan sebati je, kacau slow-slow. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut.

2. Bila dah kacau masukkan pula bahan B. Sama macam tadi kacau guna spatula secara perlahan.

3. Bila dah sebati baru tambahkan cip coklat. Coklat cip jangan bawa keluar awal dari peti ais takut dia lembik bila gaul sekali nanti rasa biskut lari sikit sebab larut dengan coklat chips. Masa nak letak baru keluarkan dari peti ais.

4. Bila dah menjadi adunan, masukkan dalam peti ais selama 1 jam. Simpan sampai dia jadi keras sikit. Simpan lama pun takpe. Kalau nak cepat simpan kat bahagian atas peti ais pastu agak-agak dah keras sikit boleh bawa keluar dan start cubit mencubit

Bila dah jadi acuan memang agak lembik jangan panik okay, benda gebu ni kena letak dalam peti selama 1 jam. Cara saya letak dalam freezer je 15 minit dah keras.

5. Satu pesanan ringkas bila dah keluar freezer, masa nak cubit guna 2 sudu pastikan ambik sedikit saja. Sebab benda ni akan mengembang bila dibakar. Lepas dah cubit letak balik acuan dalam frezer bila nak guna baru keluar balik.

6. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang biskut mengembang. Make sure cubit saja adunan tu. Tak perlu tekan bagi leper.

Bakar 20 minit suhu 150°C guna api atas bawah. Jangan lupa preheat oven sebelum letak cookies.

cookies ala famous amos

7. Siap untuk dinikmati.

Jom cuba buat dan semoga berjaya.

Sumber: Facebook Mastini via Masak Apa Hari ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×