Dapur

Resepi Biskut Raya Bangkit Cheese Asli Viral, Sedap Sampai Tak Ingat Dunia!

96
SHARES

Biskut raya yang menggunakan cheese sebagai bahan penting, sememangnya menjadi pujaan hati ramai. Begitu juga dengan biskut raya Bangkit Cheese. Teksturnya yang rangup dan cair di dalam mulut bila digigit, rasa berputar kejap dunia sampai jadi ketagihlah asyik nak makan lagi. Sedapnyaaa!

Sudah tentu, harganya pun agak mahal di pasaran. Jadi, apa kata cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.

Baca juga: Resepi Mi Kari ‘Chinese Ipoh Style’, Senang & Tak Perlu Banyak Bahan Rempah

RESEPI BISKUT RAYA BANGKIT CHEESE ASLI VIRAL, SEDAP SAMPAI TAK INGAT DUNIA!

Bangkit Cheese sangat ranggup, garing dan cair dimulut cara #dapurpolis. Ini antara biskut yang Zie sempat buat awal Ramadhan baru ni. Nikmat dapat gigit keranggupan cheese yang halus-halus tu.

RESEPI BANGKIT CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul butter.
  • 2 bungkus tepung sagu (zie jemur panas dahulu untuk hasil tepung lebih ringan @ boleh sangai atas dapur dengan api sedang hingga terbit bau dah sejuk baru guna).
  • 3 cawan tepung jagung.
  • 1 cawan ½ gula halus atau ikut manis disukai.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil emplek.
  • 1 sudu kecil asen vanilla.
  • 1 ketul ½ cheddar cheese disagat halus.
  • 250g cream cheese tatura.
  • 4 sudu besar santan @sajimalaysiaofficial

Zie buat dua jenis. 1 rasa asli dan lagi satu tambah coklat callebaut atasnya.

CARA-CARANYA:

1. Ayak tepung jagung, tepung sagu terlebih dahulu.

2. Dalam bekas besar satukan butter, gula, cream cheese, santan, asen vanilla kacau hingga sebati.

3. Kemudian masukkan tepung separuh-separuh dahulu sebatikan dan masuk cheddar cheese yang telah disagat halus.

4. Sebatikan hingga adunan tidak melekat ditangan.

5. Jika adunan masih lembik tambah lagi tepung sagu.

6. Canaikan doh dan tekap menggunakan acuan.

Jika nak tambah coklat callebaut di atasnya.

7. Bakar pada suhu 165c api atas bawah selama 30minit atau hingga masak keperangan.

Maka inilah hasil Bangkit Cheese yang asli dan juga coklat callebaut di atasnya. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×