Dapur

Resepi Rempeyek Ayah Mentua Dapat Lebih 32K Shares, Nak Letak Ikan Bilis Lebih Pun Boleh!

6.5K
SHARES
resepi rempeyek

Rempeyek atau peyek merupakan antara makanan yang selalu dijumpai ketika musim raya. Teksturnya yang rangup bila dikunyah dan kemasinan yang hadir daripada ikan bilis goreng serta kacang tanah, sudah tentu menarik ramai peminat. Oleh itu, kali ini penulis ingin berkongsikan resepi rempeyek yang popular sehingga mendapat lebih 32 ribu perkongsian!

Resepi rempeyek ini telah dikongsikan oleh Puan Suhada Ghads. Menurut beliau, ini adalah resepi daripada ayah mentuanya yang berasal dari Johor yang sememangnya negeri terkenal dengan kemahiran kerepek dan rempeyek. Jom lihat resepi beliau di bawah!

Baca juga: Resepi Sup Tulang Ala Kedai Tomyam, Rasa Masam Berempah Hirup Sampai Licin!

RESEPI REMPEYEK AYAH MENTUA DAPAT LEBIH 32K SHARES, NAK LETAK IKAN BILIS LEBIH PUN BOLEH!

Bulan puasa ni ON ke tak ON buat peyek ya? Terkejut juga tadi naik balik post resepi ni di group MAHN dikongsi oleh 32k. 

Resepi ayah mentua ni memang sedap. Orang Johor memang mahir bab-bab kerepek dan rempeyek. Tahun lepas kononnya berangan nak buat banyak-banyak dan open order. Last surrender sebab panas dan mengundang macam nak buka puasa duduk tepi kuali lama-lama.

Korang yang nak resepi rempeyek rasa asli orang zaman-zaman dulu boleh cuba.

Puas hati buat sendiri. Letaklah bilis 10 ekor ke kacang 10 biji. Favourite nya! Ni kerja suami yang memang mahir bab merempeyek hehe.

Wah! Ya saya share resepi. Tapi ini sukatan orang rumah. Macam ini lah lebih kurang caranya.

Baca juga: Tips Buat Kerepek Pisang Dari Peniaga, Waktu Goreng Kena Buat 2 Perkara Ini!

RESEPI REMPEYEK KRUP KRUP RANGUP!

Bahan-bahan bancuhan:

Antara tepung yang digunakan Puan Suhada.

  • 3 cawan tepung beras (saya guna cap Gajah).
  • 1 cawan tepung ubi.
  • 2 sudu (B) tepung jagung.
  • ¹/² cawan ketumbar (blend kering).
  • 1 sudu (B) jintan manis (blend kering).
  • 200g udang kering (blend kering).
  • 2 biji telur.
  • 1 cawan santan.
  • Garam secukup rasa.

Bahan-bahan lain:

Gambar hiasan acuan rempeyek.

  • Ikan bilis
  • Kacang tanah
  • Acuan rempeyek

Baca juga: Petua Cempedak Goreng Cara Orang Kampung, Garing Tak Minyak & Laku Keras!

CARA PENYEDIAAN YANG MUDAH!

resepi rempeyek

  1. Air agak-agak, bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat. Bancuh sahaja semua bahan adunan di atas dan boleh start menggoreng.
  2. Kacang dan ikan bilis, cuci bersih dan tos. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.
  3. Masukkan sekali bancuhan rempeyek atas acuan bersama kacang dan bilis ketika nak menggoreng.

Selamat mencuba!

Sehingga kini perkongsian itu telah mencecah 39 ribu di page tersebut. Wah! memang patut dicuba ni.

Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!

Sumber: Facebook Suhada Ghads via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×