Dapur

Resepi Ekspres: Biskut Coklat Nestum Oreo Tanpa Bakar. 20 Minit Siap!

2K
SHARES

“Lagi berapa hari je dah nak raya, takkan semua kuih jenis ‘tunjuk’. Yang malasnya nak mem’baking’ tu bukan apa, entah jadi ke tidak tu tak tau lagi. Apa resepi kuih raya yang paling simple ya?”

Kalau ada yang masih terfikir nak buat kuih apa untuk Hari raya nanti, kami cadangkan resepi kuih raya ini yang disumbangkan oleh Iminz Kitchenette.

Senang, mudah, ringkas, dan yang paling best, tak payah bakar! Menurut mereka, inilah kuih yang paling cepat siap, tapi paling cepat habis! Mana taknya, sekali pandang memang nampak sedap betul.

Jom ikuti resepi ekspres ini selengkapnya.

Resepi Kuih Raya Ekspres: Biskut Coklat Nestum Oreo

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Tak banyak bahan pun, semuanya mudah nak cari.

Bahan-bahan

  • 250g Dark chocolate (saya guna jenama Le Bourne)
  • 1sb Buttercup
  • 200g Nestum original
  • 1/2 paket Oreo tanpa krim (dikisar kasar)

*Nota: Sukatan nestum boleh dikurangkan lagi kalau mahu biskut rasa lebih coklat. Tapi kalau nestum lebih banyak, biskut lebih rangup. Terpulang pada citarasa sendiri.

Cara-cara

1. Cairkan Coklat & Buttercup

Pertama sekali, cairkan coklat melalui kaedah double boiler.

Kalau yang belum tahu, double boiler ini maksudnya kaedah mengukus, maksudnya kita tak panaskan coklat secara direct atas api.

Mula-mula rebus air dalam satu periuk kecil hingga mendidih. Kemudian, letakkan satu lagi mangkuk yang lebih besar di atasnya. Lepas itu, dah bolehlah masukkan coklat. Bila dah cair, tambahkan buttercup. Adunkan sebati.

2. Masuk Nestum & Oreo

Seterusnya, masukkan Nestum dan biskut oreo yang dah dipecahkan tadi ke dalam adunan coklat dan buttercup.

Gaul rata.

3. Masukkan Ke Dalam Bekas

Sekarang, kita dah boleh pindahkan adunan ke dalam bekas.

Ada 2 cara untuk anda lakukan.

  • Pertama, boleh sudukan ke dalam papercup macam biasa.

  • Cara kedua pula, kalau tak ada papercup atau nak jimatkan masa, tuangkan saja ke dalam loyang / bekas apa-apa. Saya lapik dengan aluminium foil supaya senang nak angkat keluar bila dah mengeras.

4. Hias

Seterusnya, bolehlah make-up sedikit dengan taburan nestum, manik berwarna atau apa-apa bahan yang anda suka.

5. Sejukkan

Akhir sekali, sejukkan 5 minit di dalam peti sejuk atau hingga ia mengeras. Keluarkan dan simpan di dalam bekas kedap udara, bersuhu bilik.

Bagi yang buat dalam loyang / bekas besar, lepas keluarkan dari peti sejuk, biar suhu bilik sekejap. Bila dah agak lembut nanti boleh terus potong bar. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara. Siap!

Senangnya, Macam Tak Percaya!

Eh, dah siap dah. Mudah sangat resepi kuih raya ini. Menurut Iminz Kitchenette, anggaran tempoh penyediaan hanyalah 20 minit saja. Tapi walaupun ringkas, rasanya tetap sedap.

Kalau nak simpan lama, boleh simpankan dalam chiller supaya tetap rangup. Tapi selalunya bila sekali buat, mesti cepat ‘licin’.

Rugi kalau tak cuba!

 

*Resepi kuih raya Biskut Coklat Nestum Oreo ini disumbangkan oleh Iminz Kitchenette. Follow FB mereka di sini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×