Dapur

Koleksi 5 Resepi Kek Batik Paling Special. Ada Versi Cheese!

983
SHARES
resepi kek batik

Satu Malaysia dan tahu dengan keistimewaan kek batik ini. Ia adalah kek yang sangat senang untuk dibuat kerana hanya menggunakan biskut dan beberapa bahan lain.

Istimewanya, kek batik biasanya tidak perlu dibakar dalam ketuhar. Ia juga tidak memerlukan peralatan istimewa seperti ‘mixer’ atau alatan membuat kek yang lain.

Yang paling ‘best’, ia tidak memerlukan masa yang lama, tetapi pada masa yang sama, rasanya begitu sedap!

Jadi, kalau anda yang teringin nak makan kek, atau nak bawa hidangan untuk ‘potluck’ ke pejabat, bolehlah bawa kek batik. Memang sesuai untuk segala jenis keramaian.

Anda boleh pilih salah satu daripada resipi kek batik di bawah, terpulanglah kepada kesukaan anda dan bahan yang ada di dapur. Mesti ‘terangkat’!

resepi kek batik

Kompilasi resepi kek batik

1. Resepi Kek Batik Biskut Marie

Untuk resipi yang pertama, di sini kami tampilkan resipi kek batik biskut marie, iaitu salah satu resipi kek batik yang paling asas.

Seperti yang kita tahu, resepi kek batik asasnya menggunakan biskut Marie dan serbuk milo.

Resepi ini tidak menggunakan susu pekat, dan hanya menggunakan gula untuk memaniskan serbuk koko. Jika anda kurang suka pada rasa manis, bolehlah kurangkan sedikit ya!

Bahan-bahan

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild, gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter, kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat). padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer…)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

*Resepi asal oleh mrsdayat dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/1688-kek-batik-biskut-marie)

 

2. Resepi Kek Batik Sarawak

Resepi kek lapis versi sarawak ini mengetengahkan rasa kopi serta nestum untuk menaikkan rasanya.

Berbeza daripada resipi kek lapis yang pertama tadi, kek batik sarawak ini menggunakan susu pekat dan susu sejat sebagai pengganti gula.

Jadi, kek ini memang sesuai bagi mereka yang gemarkan rasa ‘mocha’ atau kopi. Memang takkan muak!

Kek Batik Sarawak

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 suduteh serbuk kopi
  • 1 cawan air panas
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu sejat (bukan susu cair)
  • 250g mentega
  • 1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
  • 1 1/2 cawan nestum

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
  2. Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
  3. Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
  4. Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.
  5. Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
  6. Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.
  7. Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

*Resepi asal oleh coconutice dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/474-kek-batik-sarawak)

 

3. Resepi Kek Batik Coklat (Tanpa Telur)

Bagi anda yang alah dengan telur, bolehlah mencuba kek batik ini.

Walaupun inilah resepi kek lapis yang menggunakan paling sedikit bahan, ia pun tidak kurang sedap berbanding yang lain tau. Mudah dan ekspres!

Sesuai untuk dibawa ke majlis harijadi anak-anak. Biasanya ada anak-anak yang alah terhadap telur, kan?

Bahan-bahan

  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • biskut meri secukupnya

Cara-cara

  1. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali. setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko.
  2. Gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg.
  3. Setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis.
  4. Biarkan semalaman. potong dan siap dihidangkan.
  5. Kalau nak cepat keras masukkan dalam peti ais dan bila keras potong dan hidangkan.

*Resepi asal oleh bakewithmilla dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/8811-kek-batik-coklat)

 

4. Resepi Kek Batik Cream Cracker Cheese

Eh, resepi seterusnya ini memang istimewa dan unik sedikit. Tetapi, sama mudah dan ‘simple’.

Apa kata kita cuba variasi terbaru dengan menggunakan biskut ‘cream cracker’ dan keju. Haa… Sedapnya, tak perlu cari cheese cake lagi di kedai!

Kalau dah bosan dengan rasa coklat, bolehlah cuba resepi ini pula. Tentu takkan menyesal.

Kek Lapis Cream Cracker Cheese

Bahan-bahan

  • 1 kotak kecil cream cheese philadelphia
  • 300ml nestle cream
  • 2sb mentega
  • 3sb gula
  • Biskut cream cracker

Cara-cara

  1. Pukul semua bahan-bahan di atas sehingga sebati & lembut kecuali biskut cream cracker.
  2. Sediakan loyang. Pastikan loyang dilapis dengan wrapping cling film, atau kertas minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan bila dah siap nanti.
  3. Susun biskut cream cracker di dalam loyang. Setelah itu lapiskan dengan adunan no.1 tadi. Ulangi step ini sehingga adunan no.1 habis.
  4. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang. Kek sedia untuk dimakan bila dah dipotong.

*Resepi asal oleh ning5044 dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/14140-kek-lapis-cream-cracker-cheese)

 

5. Resepi Kek Batik Cheese Instant

Satu lagi versi resepi kek batik cheese ini menggunakan biskut ‘saltcheese’. Biskut ini rasanya sedikit masin berbanding cream cracker. Apabila digabungkan dengan susu dan keju, gabungan rasanya lebih menonjol.

Bahan-bahan lain juga mudah didapati, tak ubah macam buat kek batik tradisional.

Hmmm… Bagi yang kreatif, bolehlah cuba taburkan horlick dan oat sebagai ‘topping’. Atau, gunakan kekacang seperti badam, pecan, atau almond yang telah dicincang.

Bahan-bahan

  • 250gm philadelphia cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 senduk tepung susu nespray
  • 1 paket agar2 serbuk(10gm)-masak bersama 1 cawan air
  • 2 paket biskut saltcheese crakers
  • 250gm butter

Cara-cara

  1. Pukul gula dan mentega sampai sebati.Masukkan cream cheese, pukul lagi.
  2. Masukkan agar2 dan susu nespray dan pukul sebati.Susun biskut saltcheese ke dalam loyang(acuan),tuang satu senduk adunan cheese tadi dan ratakan.
  3. Selepas itu,susun lagi biskut saltcheese lagi,tekan2 kan dan masukkan lagi satu senduk adunan cheese tadi.
  4. Ulang hingga habis.simpan ke dlm peti sejuk semalaman,barulah boleh dipotong dan di hidang.selamat mencuba semua…. =)

*Resepi asal oleh acha dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/12694-cheese-cake-instant)

 

Siapa Kata Nak Buat Kek Mesti Ada Ketuhar?

Tak semestinya nak buat kek kena ada ‘oven’ kan? Resepi kek batik ini sangat sesuaisebagai pencuci mulut sekeluarga.

Lagipun, tak perlu ada kemahiran seperti ‘chef’ kerana ia tidak melibatkan sebarang proses yang sukar. Semuanya boleh agak-agak saja ikut rasa lidah anda.

Walaupun mudah, tentu anak-anak dan rakan-rakan akan sukakannya!

 

Penafian: MyResepi.com dan SirapLimau.com adalah sebahagian daripada usahasama syarikat Dua Marhalah Sdn Bhd. Semua maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada hakcipta syarikat ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×