Dapur

Resepi Biskut Makmur Legend Sempena Hari Raya Haji, Cair Di Mulut!

14
SHARES
resepi biskut makmur

Nampaknya seluruh umat Islam di dunia bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji pula. Sambutan yang besar untuk umat Islam, khususnya di Malaysia ini, pastinya tidak akan sah kalau tak ada biskut raya seperti biskut makmur. Sudah pasti ramai yang mula mencari resepi biskut makmur bukan?

Tidak ketinggalan zaman dan rasa yang enak, anda boleh hidangkan biskut ini kepada tetamu yang datang sempena Hari Raya Aidiladha!

Baca juga: Cara Buat Cornflakes Madu Guna Air Fryer, 15 Minit Siap & Boleh Jadi Kudapan Semasa Raya!

RESEPI BISKUT MAKMUR LEGEND LEMBUT RANGGUP

resepi biskut makmur

Bahan-bahan:

-240gm minyak sapi- cairkan
-60gm mentega
-1 biji kuning Telur -A/B
-1/2tsp esen vanila
-500gm tepung gandum
-60gm gula aising

Bahan-bahan inti:

-1/2cawan mentega kacang/peanut spread
-180gm kacang tanah kasar
-60gm gula aising
*campurkan semua dan kacau rata

Cara-cara:

1. Pukul mentega, kuning telur, esen vanila dan gula aising hingga sebati saja. Tak perlu lama-lama. Guna senduk kayu je.

2. Masukan tepung gandum, tuang minyak sapi cair sikit-sikit sambil uli hinggalah dapat doh yang elok dan boleh kepal.

3. Ambil sikit doh (Saya timbang dalam 9gm) dan leperkan..isikan inti..bulatkan dan sepit atau boleh buat bulat-bulat je. Saya guna sepit.

4. Susun atas dulang pembakar yang digris sikit dengan butter/marjerin.

5. Bakar suhu 150-160 selama 30-35 minit atau hingga betul garing (Saya bakar sampai garing baru ranggup) *kalau nak jenis lembut sikit tak perlu sampai garing sangat..tengok bawah kuih dah perang boleh la angkat.

6. Setelah sejuk, golekan dgn gula aising. Siap!

resepi biskut makmur

*Selamat Hari Raya Aidiladha!

Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!

Sumber: Lisa Aisha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×