Euforia Bola 2026
Dapur

Tak Sah Kalau Tak Cuba Resipi Biskut Raya Viral 2026 ‘Nutella Button Cookies’, Guna Sukatan Cawan Dapat 80 Biji!

Nutella Button Cookies

Musim perayaan semakin hampir dan pastinya ramai yang mencari idea biskut raya yang mudah, sedap, dan menarik. Salah satu resipi yang kini viral di media sosial ialah Nutella Button Cookies.

Resipi ini dikongsikan oleh Siti Khadijah Binti Mohammad di Facebook, dengan sukatan cawan sahaja dan boleh menghasilkan 70 hingga 80 biji saiz mini.

Baca juga: Cara Masak Rendang Kerang Lazat Macam ‘Pro’, Kena Tumis Api Perlahan & Naik Aroma Rempah!

RESIPI BISKUT RAYA NUTELLA BUTTON COOKIES

Nutella Button Cookies

Gambar: Siti Khadijah Binti Mohammad

Sesuai untuk dijadikan juadah di hari raya, cookies ini lembut di dalam dan rangup di luar, dengan inti Nutella yang menggoda selera.

Bahan-bahan utama:

  • 125 gram butter (Salted)
  • 2 sudu besar gula icing
  • 1 biji telur
  • Esen vanilla
  • Emulco coklat (pilihan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar susu tepung (pilihan)
  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder

Bahan lain:

  • Susu cair
  • Nutella spread
  • Badam cincang

Baca juga: Ramai Keliru! Nampak Sama Tapi Berbeza, Ini ‘Identiti’ Sebenar 4 Jenis Puding Karamel Viral Termasuk Versi Khairul Aming

Nutella Button Cookies

Gambar hiasan: Gemini AI

Cara penyediaan:

  1. Satukan butter dan gula icing. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur dan kacau rata.
  2. Masukkan esen vanilla, tepung jagung, serbuk koko, dan susu tepung (jika guna). Kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking powder. Uli hingga menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan doh tadi. Celup dalam susu cair atau segar. Angkat menggunakan garfu lalu golekkan dalam badam cincang. Buat lubang di tengah untuk inti Nutella nanti.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 10 hingga 20 minit. Keluarkan dan letakkan Nutella di tengah. Masukkan balik dalam oven dan bakar biskut selama 5 minit.
  6. Keluarkan cookies dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Bagi yang suka manis, boleh tambah gula icing mengikut citarasa. Untuk kelainan, anda boleh masukkan almond, tepung almond, atau hazelnut untuk aroma dan tekstur lebih sedap.

Nutella Button Cookies ini mudah dibuat, cantik, dan pasti menjadi kegemaran tetamu di hari raya nanti. Selamat mencuba!

Baca juga: Suri Rumah Kongsi Tips Dari Nelayan Untuk Simpan Barang Basah, ‘Seafood’ & Daging Tak Cepat Rosak

Sumber: Siti Khadijah Binti Mohammad

FT Image: Siti Khadijah Binti Mohammad / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×