Melihat kepada resepi shell tart yang dikongsikan seorang penjual yang dikenali dengan Cik Izzah di Facebook, rupa-rupanya nak membuat kulit tart adalah sangat mudah. Berdasarkan resipi itu, anda hanya memerlukan empat bahan sahaja.
Jangan risau kalau tiada ‘mixer’ di rumah, boleh sahaja menggaul bahan-bahan itu hingga sebati dengan menggunakan tangan. Hasilnya, kulit kekal rangup dan rapuh bila digigit!
Baca juga: Resipi Kek Batik Versi Rangup, Geng Yang Tak Suka Tekstur Lembut Mesti ‘Love’ Teruk!
RESEPI SHELL TART

Gambar Cik Izzah: Shell tart dalam kotak saiz 10×10.
Selain itu, perkongsian yang dibuat Cik Izzah juga bertujuan untuk membantu suami isteri yang sedang mencari hobi untuk menambah pendapatan sampingan, demi menaik taraf kelangsungan hidup keluarga.
Jadi, tak rugi pun anda belajar cara membuat pastri manis yang menjadi kegilaan ramai ini. Jom, belajar!
Baca juga: Ini 12 Resipi Lazat Menu Diet Suku Suku Separuh, Nak Diet Jangan Sampai ‘Over’ Ikat Perut!
Seronok buat shell tart ini. Mula-mula buat memang lenguh, tapi lama-lama sekejap sahaja.
Kebiasaannya, saya buat 4kg tepung 2 jam dah siap tekan. Buat laki bini sahaja sambil tengok filem.
Ini salah satu pendapatan sampingan kami untuk pergi berjalan-jalan dengan anak. Para ibu nak menjual, mudah sahaja pakai tangan tanpa ‘mixer’ pun boleh.
Resipi kulit tart 4.5cm

Gambar: Cik Izzah
- Tepung gandum 1.2kg
- Gula aising 190g
- Telur gred A 2 biji
- Mentega 500g
- Campur semua sekali ‘mixer’ atau gaul-gaul pakai tangan sahaja.
- Masukkan adunan dalam acuan penekan shell dan ratakan.
- Setelah itu tekan bagi ada bentuknya.
- Saya guna industrial oven, 200c atas bawah dan 20 minit.
Empat bahan ini, boleh menjana pendapatan ribuan ringgit dalam seminggu. Resipi di atas boleh dapat lebih kurang 250 biji shell tart.
Resipi inti shell tart
- 500gram cream cheese
- susu pekat separuh tin
Guna dua bahan ini sahaja dah siap! Saya bukan buat cheese tart buncit, saya buat cheese ini sebagai filling jadi tak perlu bakar-bakar dan tak muak.
Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Mudah Corndog Mini, Saiznya Yang Comel Boleh Muat Masuk Bekal!
Tips shell tart rangup
- Selepas masak jangan kena kipas.
- Biar sejuk semula jadi macam pakai penghawa dingin pun okey.
- Selepas itu, masukkan dalam balang, jangan ditutup dulu.
- Kena pastikan betul-betul sejuk, baru tutup.
- Masa masak kena betul-betul dah masak jangan ada putih, sebab nanti akan lemau.
Selain itu, kulitnya kalau dah masak elok keluar dari acuan pun senang sahaja. Kalau masih melekat ertinya api oven bawah tak sekata dengan atas.
Tips tak ada gelembung
Menurut Cik Izzah, tart menjadi gelembung sewaktu bakar kemungkinan kerana adunan dimasuki angin. Jadi, dia sarankan:
- Lepas mengadun, terus sahaja buat dan tak masuk peti sejuk.
- Kena gaul betul-betul sekata baru tiada gelembung.

Gambar Cik Izzah: Acuan penekan shell.
Selamat mencuba!
Baca juga: Anak Kongsi Resipi Maknya Masak SAMBAL IKAN Sedap, Sampai Orang Selalu Panggil Masak Kenduri!
Sumber: Cik Izzah
FT Image: Cik Izzah